< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

SKIM BAUCHER TUSYEN
Friday, April 30, 2010
Salam 1 Malaysia..

Skim Baucher Tusyen(SBT) kini kembali lagi. SBT ini telah bermula sudah sebulan lalu dan akan berakhir pada September nanti.

Diharapkan kepada pelajar yang terpilih untuk SBT ini memanfaatkan peluang yang telah diberikan oleh Kerajaan.

Rajin-rajinlah hadirkan diri ke kelas SBT. Jadual SBT telah pun diedarkan kepada guru-guru yang terlibat. Difahamkan kelas SBT diadakan setiap hari Rabu dan Khamis jam 1.45 hingga pukul 3.00 ptg. Dihaapkan SBT dapat membantu kecemerlangan akademik para pelajar.

Rebutlah peluang yang luas terbentang..........
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SELAMAT HARI PEKERJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Warga sK seri Lagenda mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua sempena sambutan hari pekerja yang disambut pada 1 Mei ini dengan ucapan selamat Bercuti kepada semua..

PEKERJA BERINOVAsI PEMACU TRANFORMAsI
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PROGRAM RUKUN NEGARA
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Kelab Persatuan Agama Islam SK Seri Lagenda di bawah kendalian Panitia Pendidikan Islam sekali lagi telah melaksanakan satu program dibawah Jabatan Perpaduan Negeri Kedah.

Segala kos ditanggung oleh jabatan perpaduan tersebut. Program ini untuk memantapkan lagi semangat patriotik di dalam diri pelajar dan kesedaran tentang prinsip-prinsip rukun negara.

Program ini telah dilaksanankan di Kolej Komuniti Langkawi selama sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Perserta yang terlibat terdiri daripada ahli Persatuan Agama Islam dan Kelab Penjegahan Jenayah seramai 40 orang.

Nama Program : Program Rukun Negara
Tempat : Kolej Komuniti Langkawi
Tarikh : 28 April 2010
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MAJLIS PERPISAHAN DAN KENAIKAN PANGKAT
Wednesday, April 28, 2010
Salam perpisahan...

Pada petang 27 April jam 2.00 ptg, Satu lagi majlis diadakan bertempat di Pra Sekolah.
Majlis pada petang ini diadakan berikutan Ustaz Ismail Mohd Noor akan meninggalkan SK Seri lagenda dalam menjalankan tugas beliau.

Beliau akan ditempatkan di Majlis Ugama sebagai penyelaras Masjid-masjid dan Surau-surau Daerah Langkawi ini.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ismail di atas kenaikan pangkat tersebut. Jangan lupakan kami di sini.

Untuk pengentahuan, Ustaz Ismail merupakan Guru KAFA yang banyak menabur bakti kepada anak didik SK Seri Lagenda ini.

Beliau telah berkhidmat beberapa tahun lama di sini sehingga 4 orang Guru Besar yang silih berganti mentadbir di Sekolah ini. Begitu banyak jasa beliau mendidik pelajar SK Seri Lagenda untuk mengenali Ilmu Al-Quran. Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau itu.

Kami di SK Seri Lagenda ini memohon maaf andainya banyak salah dan silap yang telah kami lakukan sepanjang Ustaz berkhidmat di sini. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia tidak sunyi dari kesilapan. Jadi kami sebagai manusia biasa pasti ada melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu kami memohon kemaafan daripada Ustaz Ismail.

Akhir sekali, terimalah sepotong hadis Nabi s.a.w :-

جاء الإسلام غريبا وسيعود غريبا فتوبى للغرباء



Tahniah Ustaz..
Islam Itu Indah.....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEJOHANAN PING PONG SK SERI LAGENDA
Tuesday, April 27, 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program : Kejohanan Ping Pong SKSL
Tarikh : 22 Mei 2010
Tempat : Bilik Ping Pong SKSL
Anjuran : Kelab Ping Pong SKSL

Satu lagi program yang akan dianjurkan di peringkat sekolah ialah kejohanan ping pong yang akan berlangsung pada 22 Mei 2010 iaitu 3 minggu lagi.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Ping Pong SK Seri Lagenda. Tujuan dianjurkan program ini untuk mencungkil dan mencari bakat yang terpendam dalam diri pelajar-pelajar.

Penyertaan terhad kepada 20 orang dan jadual perlawanan berbentuk liga. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Ustaz Ismail bin Saleh di Talian 04-9661634/ 019-2757437.

Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada para pelajar. Jadi, rebutlah peluang yang terbuka di depan anda.

Mulai sekarang, dijemput kepada yang berminat untuk berlatih di sekolah setiap hari Rabu dan Khamis mulai jam 1.45 (Rabu) dan 12.45(Khamis). Latihan akan tamat pada jam 3.00 petang.

Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
BOLA JARING MULA DAH
Monday, April 26, 2010

Salam Mesra......

Perlawanan bola jaring peringkat daerah akan bermula tidak lama lagi iaitu 3 Mei 2010.. tidak ketinggalan SK Seri Lagenda juga terlibat sama dalam kejohanan tersebut. Untuk persiapan awal, SK Seri Lagenda telah mula berlatih sejak seminggu lalu.

SK Seri Lagenda telah diundi bersama dengan SK Ewa dan juga SK Seri Negeri. Di atas kertas memang sudah nampak siapa yang akan pergi ke peringkat seterusnya. Tetapi di atas padang bermacam-macam boleh terjadi sehinggalah wisel penamat dibunyikan.

Apapun, berpantang maut sebelum ajal. SK Seri Lagenda akan berjuang sehingga ketitisan peluh terakhir.

Terima kasih kepada jurulatih sekolah kerana meluangkan masa untuk melatih pasukan sekolah untuk ke kejohanan tersebut.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
DEMAM FUTSAL


Salam Ikhlas Ukhwah Bertaut...

Untuk paparan Umum, SK Seri Lagenda telah turun ke padang pada malam tadi 25 April 2010 untuk sama-sama melibatkan diri dalam permainan Futsal.

Sebilangan guru lelaki dan beberapa pemain jemputan telah bermain futsal bertempat di Sebelah Kristal Halim Mazmin. Permainan bermula tepat jam 8.15 malam.

Penganjuran tersebut adalah persiapan awal skuad SK Seri Lagenda untuk menentang mana-mana skuad daripada mana-mana sekolah di Langkawi ini.

Rupa-rupanya ramai yang boleh bermain futsal dengan baik walaupun selama ini sibuk dengan P&P di sekolah. Pelbagai teknik ataupun 'skill' yang dikeluarkan oleh setiap individu pada malam tadi.

Jadi selepas ini kita akan bermain untuk setiap minggu hari dan masa yang sama. Kepada mana-mana sekolah yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan bolehlah berhubung dengan Cikgu Hamdan bin Anuar ditalian 04-9661634.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEM BESTARI SOLAT 2010
Saturday, April 24, 2010




Salam Satu Malaysia...

Alhamdulillah Syukur kepada Ilahi pada hari 24 April ini Kem Bestari Solat telah selamat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada warga SKSL umumnya yang telah banyak bertungkus lumus menjayakan program tersebut dan khususnya kepada Panitia Pendidikan Islam yang tidak tidur lena selagi Program tersebut belum dilaksanakan.

Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menghadiri program tersebut. Apa yang dapat dilihat daripada program tersebut adalah pelajar yang hadir terlalu kurang berbanding dengan waktu persekolahan biasa.

Jadi, disarankan kepada pihak berwajib untuk memberi kelonggaran kepada semua sekolah sekiranya ingin melaksanakan Kem Bestari Solat ketika waktu harian biasa. Sekiranya saranan ini diterima, kami pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berwajib.

Akhir sekali, kepada semua Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara....

WALLAHU A'LAM
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
Anugerah CS dan Peraduan SUARA UKHWAH
Sunday, April 18, 2010

Hadiah Tahap 1 Peraduan SUARA UKHWAH



Hadiah Tahap 2 Peraduan SUARA UKHWAH


Salam buat pengunjung semua...

Pada minggu lepas 14/04/2010 Panitia Pendidikan Islam telah menerbitkan Buletin Sekolah yang diberi nama SUARA UKHWAH. Terdapat pelbagai peraduan yang menguji minda pelajar untuk dijawab didalamnya.

Begitu juga pada hari khamis 15/04/2010 telah diadakan ujian saringan Cekap Sifir bagi memilih siapakah yang layak memegang anugerah tersebut kali ini. adakah pelajar yang sama atau pelajar yang berlainan?

Jadi keputusan telah diketahui pada minggu ini. Anugerah disampaikan ketika perhimpunan pagi dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Lagenda En. Mohd Zahir bin Hashim.

Hadiah Peraduan Buletin:
Tahap 1 :
Tempat ke-3 Nuraini binti Yusof
Tempat ke-2 Nurul Nuha binti Mohd Farith
Johan -----> Mohd Lokman Hakim bin Mohd Noor

Tahap 2 :
Tempat ke-3 Nur Alisa Azreen binti Azri
Tempat ke-2 Nur Syakirah binti Shahrom
Johan -----> Amar Danial bin Mustaffa

Anugerah Cekap Sifir

1. Lokman b. Ishak 100%
2. Amar Danial b. Mustaffa 100%
3. Hanis Nazihah binti Zakaria 100%
4. Ahmad Akmal Hakim 100%
5. Siti Zulaiha bt. Zakaria 98%
6. Amin Nasrin b. Hassan 98%
7. Nor Syakirah binti Shahrom 96%
8.Mohd Syazwan bin Salehuddin 96%
9. Mohd Nizal bin Abidin 96%
10. Siti Aminah binti Haris 96%
11. Muhd Farhan bin Zamberi 94%

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Untuk Ujian akan datang akan diadakan pada 6 Mei 2010..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2010



Salam Ikhlas Penuh Ukhwah...

Pada minggu yang lalu, Negeri Kedah telah menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan peringkat Negeri Kedah 2010.

Tidak terkecuali, Daerah Langkawi telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Daerah Langkawi telah memungut 6 Emas 4 Perak dan 3 Gangsa.

Dalam Acara lontar peluru, Daerah Langkawi telah mendapat tempat ke-3. Wakil lontar peluru Langkawi adalah pelajar SK Seri Lagenda. Semasa mewakili sekolah tempoh hari, beliau telah mendapat tempat ke-2 kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak penganjur kerana tidak menerima bantahan daripada pihak sekolah.

Bukan cakap kosong, tetapi tindakan yang dilakukan oleh kontijen SK Seri Lagenda adalah berasas kerana Johan Lontar peluru Daerah Langkawi tidak mendapat tempat di kejohanan tersebut.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohammad Yusri Mohd Noor di atas kejayaan tersebut. Beliau telah mengharumkan nama daerah Langkawi dan juga SK Seri Lagenda.

Moga Anda berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEM BESTARI SOLAT 2010
Friday, April 16, 2010



Salam alaikum......

Untuk pengentahuan umum, SK Seri Lagenda akan mengadakan Kem Bestari Solat
seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 April 2010
Tempat : SK Seri Lagenda
Masa : Bermula jam 7.30 am

Semua pelajar tahun 1,2 dan 3 diwajibkan hadir. terdapat hadiah disediakan untuk pelajar terbaik, aktif dan sebagainya..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
UJIAN SARINGAN CEKAP SIFIR
Thursday, April 15, 2010






Salam Ikhlas..................

Pada hari ini, telah diadakan ujian saringan cekap sifir kepada 25 orang pelajar yang telah habis menghafal sifir. Ujian tersebut untuk menentukan siapa yang layak menerima anugerah tersebut dikalangan pelajar-pelajar yang telah habis menghafal sifir.

Pelajar Tersebut akan diberi penganugerahan pada pagi Ahad ini ketika Perhimpunan rasmi.

Pada pagi Ahad ini juga, pelajar yang menyertai peraduan silangkata yang terdapat di dalam buletin juaga akan diberikan hadiah....

Jadi datanglah ke sekolah, anda mungkin pelajar yang termasuk dikalang pelajar yang akan terima hadiah tersebut.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang