< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

MAJLIS BACAAN YAASIIN DAN SOLAT HAJAT
Saturday, July 23, 2011



Salam buat semua..

Pada malam ini telah diadakan Majlis bacaan Yaasiin dan solat hajat perdana untuk pelajar-pelajar tahun 6 dengan melibatkan waris-waris tahun 6.

Program yang dirancangkan oleh panitia pendidikan Islam dengan kerjasama jawatan kuasa Surau Raudhatuljannah SK Seri Lagenda berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana majlis yang dirancang berjalan dengan sempurna.

terima kasih kepada semua guru yang telah mengorbankan waktu untuk hadir pada malam ini. semoga Allah membalas segalanya dengan kejayaan anak kita dan anak didik kita dalam pelajaran dan kehidupan mereka di Dunia dan di Akhirat.

Wallahu 'alam.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KUASA BOLA SEPAK
Salam buat semua.

Pada 22 Julai 2011 sejarah tercipta buat SK Seri Lagenda kerana layak masuk final bola sepak luar musim bawah 10 tahun sejak tahun 1986.

Pada tahun 1986, SK Seri Lagenda yang dikenali ketika itu SK Ladang Sungai Raya johan bola sepak Langkawi bawah 12 tahun.

Pada hari ini setelah 25 tahun berlalu SK Seri Lagenda sekali lagi telah layak ke Final yang akan berlangsung di Stadium LADA pada 24 Julai jam 8.30mlm.

Tahniah buat pemain dan jurulatih iaitu Cikgu Zamri Hanafi dan juga Cikgu Hamdan Anuar di atas kesungguhan melatih pelajar sehingga layak keperingkat ini....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
YAYASAN SULTANAH BAHIYYAH
Friday, July 15, 2011


posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
BELA SEPAK BAWAH 10 TAHUN
Tuesday, July 12, 2011
Salam buat semua..

Alhamdulillah pada hari ini,pertandingan bola sepak luar musim bawah 10 tahun berlangsung dengan jayanya.

Apa yang lebih menarik lagi, buat pertama kalai dalam sejarah, SK Seri Lagenda telah melangkah ke semi final dan pertandingan akan diadakan di stadium Lada pada 21 Julai nanti..

Tahniah kepada semua pemain yang telah mengukir nama SK Seri Lagenda setanding dengan sekolah lain dalam acara bola sepak.

Moga SK Seri Lagenda menjadi kuasa besar bola sepak Daerah Langkawi suatu hari nanti...


Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
Saturday, July 2, 2011




Salam kepada semua..

Pada hari ini telah diadakan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dengan larian bermula dari sekolah sehingga Taman Sg. Raya kisap dan pulang semua ke sekolah dengan jarak kurang lebih 2KM.

Selepas larian, semua pelajar ke padang kerana perlu melibatkan diri dalam acara yang dipertandingkan mengikut rumah sukan.

Untuk pelajar lelaki diadakan pertandingan bola baling. manakala pelajar perempuan diadakan pertandingan bola jaring.

KEPUTUSAN
Bola Baling :
Johan : Rumah Merah (Saga FL)
N.Johan : Rumah Biru (Persona)
Ketiga : Rumah Hijau (Wira)
Keempat : Rumah Kuning (Perdana)

Bola Jaring :
Johan : Rumah Hijau (Wira)
N.Johan : Rumah Biru (Persona)
Ketiga : Rumah Merah (Saga FL)
Keempat : Kuning (Perdana)

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang