< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
Tuesday, June 28, 2011
Salam buat semua pengunjung...

Pada hari ini telah diadakan Sambutan israk dan Mikraj bertempat di tapak perhimpunan sekolah.
Sambutan yang diadakan sedikit sederhana sahaja berjalan dengan lancar.

Syukur pada Ilahi memandangkan program yang dirancang sebelum ini seperti tidak dapat dijalankan disebabkan hujan setiap pagi. Tetapi, itulah yang dikatakan ketentuan Allah. Pada hari ini, cuaca sungguh elok dan sambutan dapan dijalankan dengan sempurna.

Sambutan hanya diadakan dengan ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Cikgu Amran bin Mad Taha dan juga Ustaz Ismail bin Saleh.

Cikgu Amran telah mengupas cerita berkaitan Isra' iaitu perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Isra'). Manakala Ustaz Ismail menceritakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa ke Sitratul Muntaha (Mikraj).

Diharapkan kepada semua pendengar mengambil pengiktibaran daripada apa yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah tersebut. Jadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan dalam kehidupan seharia kita.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
HARI BERTEMU PELANGGAN
Wednesday, June 22, 2011
Salam Ikhlas Penuh Ukhwah..

Kepada semua pelajar,perlu diingatkan pada esok hari, 23 Jun 2011 akan diadakan Hari Bertemu Pelanggan di mana semua ibubapa perlu datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod pelajar.

Ibubapa boleh datang ke sekolah sekitar jam 10.45 dan boleh membawa anak masing2 pulang terus ke rumah.....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MAJLIS HARI GURU DAERAH LANGKAWI
Thursday, June 16, 2011
Salam buat semua..

Pada hari ini, satu sambutan hari guru peringkat Daerah Langkawi secara besar-besaran telah diadakan bertempat di Dewan SM Teknik Langkawi. Program bermula jam 2.00 dan tamat sekitar jam 5ptg.

Pada tahun ini, SK Seri Lagenda telah mendapat beberapa anugerah dan diharapkan anugerah tersebut menjadi pemangkin untuk kejayaan di masa akan datang...
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
NAZIR DATANG LAGI.....
Salam mesra buat semua..

Pada hari ini, seperti dijangkakan, Nazir telah datang ke sekolah untuk membuat sedikit pemantaun berkaitan dengan KSSR Tahun 1. Tuan Nazir iaitu En. Sarugi bin Kholil telah melakukan pencerapan P&P tahun 1.

Segalanya berjalan lancar...
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEJOHANAN SUKAN SEMPENA HARI GURU 2011
Tuesday, June 14, 2011
Assalamualaikum warahmatullah...

Buat semua warga sekolah, pada hari ini telah diadakan kejohanan Ping Pong guru-guru dan Staff Daerah Langkawi bermula jam 2.30 petang.

Kejohanan ini tamat pada jam 7.40 malam. Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan pingpong.

(Lelaki)
Individu:

Johan : Ismail bin Saleh (SK Seri Lagenda)
N. Johan : Mohd Farizal bin Ahmad Termizi (SK Seri Negeri)
Ketiga : Mohd Rosidi bin Saleh (SK Ulu Melaka)
Keempat : Amal Khairy (SK Kilim)

Beregu :

Johan : Ismail bin Saleh/Mohd Rosidi bin Saleh (SK Seri Lagenda/SK Ulu Melaka)
N.Johan : Abid bin Shamsuddin/Mohd Farizal Ahmad Termizi ( SK Seri Negeri)
Ketiga : Rezmi Ismail/Amal Khairy (MRSM/SK Kilim)
Keempat : Hamizul/Jasni(SMK Langkawi)

Perempuan Individu:
Johan : Siti Nazira (SMK Teknik Langkawi)
N.Johan : Rosnaliza (SK Ulu Melaka)


Manakala pada sebelah malam pula, diadakan pertandingan sepak takraw bertempat di SMK Kedawang bermula jam 8.45malam dan tamat jam 12.15 tgh/malam.

Keputusan seperti berikut:

Johan : Team HAI-O (Mohd Razif/Ismail Saleh/Zulkefli)
N.Johan : Team Putra (Abd Ghani/Halim/Jan)
Ketiga : Teksi (Zuraidy/Zul/Jasman)
Keempat : Teknik (Man/Wan/haikal)

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada yang memberi saingan. Majulah sukan untuk negara. Jangan jadikan Riadah sebagai penghalang untuk beribadah...
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang