< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

PROGRAM AADK
Tuesday, March 30, 2010
SALAM IKHLAS UKHWAH BERTAUT

Program AADK adalah kesinambungan daripada program yang telah dibuat pada tahun lepas 14 julai 2009. Program ini dianjurkan oleh AADK dan Mahkamah Majistret Langkawi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator bolehlah berhubung dengan Ustaz Ismail b. Saleh dari SK Seri Lagenda.

Tentatif program berkisar mengenai teori Solat dan amali. Tarikh perancangan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh :24 April 2010
Tempat : Masjid al-Hana Langkawi.
Waktu : 9:30 pagi.

*Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
"HUJAN KOMPUTER"



SALAM IKHLAS

Sukacita diberitahu bahawa SKSL telah dihadiahkan komputer sebanyak 25 buah daripada CIMB.
Komputer tersebut telah ditempatkan di makmal komputer untuk menggantikan komputer yang lama yang mana rata-rata semuanya sudah tidak boleh digunakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak CIMB Bank di atas pemberian tersebut. Pihak Sekolah sangat terharu dengan pemberian itu.

Semoga pihak sekolah memanfaatkan pemberian tersebut dengan membuka kelas komputer kepada para pelajar..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEM BINGKAS 2010





Salam 1 Malaysia

Nama Program : Kem Bimbingan Kasih (BINGKAS 2010)
Tempat : KEMAS Langkawi
Tarikh : 1 Hingga 3 April 2010
Anjuran : Yayasan Salam dengan Kerjasama CIMB Bank

Satu lagi Program sekolah yang akan dianjurkan dalam masa terdekat ini seperti yang tersebut.
-tentatif program telah diedar kepada Semua guru. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Cikgu Zamri b. Hanafi.

Terima kasih kepada Yayasan Salam kerana menyenaraikan SK Seri Lagenda untuk Program bingkas. Yayasan Salam telah memilih beberapa buah sekolah dalam malaysia ini untuk Program BINGKAS 2010 dan sekolah ini telah terpilih...

antara sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :

1) SK Utan Aji, Kangar Perlis ( 26-27 Febuari 2010 )

2) SK Seri Pinang, Sungai Petani Kedah ( 4-6 Mac 2010 )

3) SK Ayer Putih dan SK Changkat Ibul, Taiping Perak ( 19-21 Mac 2010 )

4) SK Seri Lagenda, Langkawi Kedah ( 1-3 April 2010 )

5) SK Jelutong, Pulau Pinang ( 9-11 April 2010 )

6) SK Pulau Betong, Pulau Pinang ( 16-18 April 2010 )

7) SJKC Ken Boon, Kukup Pontian Johor ( 14-16 Mei 2010 )

8) SK Pulau Kundor, Kota Bharu Kelantan ( 27-29 Mei 2010 )

9) SK Pauh Lima, Kota Bharu Kelantan ( 3-5 Jun 2010 )



Sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator boleh berhubung dengan yayasan salam sendiri.(www.salam.org.my)


Program ini adalah kesinambungan program yang telah dianjurkan oleh Yayasan Salam pada tahun lepas...

Terima kasih tidak terhingga lagi sekali
daripada kami buat warga Yayasan Salam Malaysia..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MESYUARAT AGONG PIBG SKSL
Monday, March 29, 2010



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mesyuarat agung PIBG SKSL akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Mac 2010
Masa : 8:30 Malam
Tempat : Kantin SKSL

Kelainan dibuat pada tahun ini iaitu mesyuarat akan diadakan pada waktu malam. Menurut Guru Besar SKSL En. Mohd Zahir b. Hashim, beliau mencadangkan mesyuarat akan dibuat pada waktu malam kerana melihat kepada sambutan kehadiran perjumpaan waris tahun 5 dan 6 pada minggu lepas yang dibuat pada waktu malam mencecah 95%.

Moga perjalanan mesyuarat mudah dan lancar......
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
UJIAN BULAN MAC
Sunday, March 28, 2010



Salam buat pelajar-pelajar dan waris SKSL

Ujian bulan Mac akan bermula pada 29/03/2010 iaitu esok hari.

Untuk jadual peperiksaan, telahpun diedar kepada pelajar-pelajar.

Begitu juga dengan surat makluman waktu pulang telah diberi kepada pelajar
untuk disampaikan kepada penjaga.

Penjaga boleh menjemput anak di sekolah bermula jam 12:45 tengah hari
untuk pulang.

Kelas 'stayback' juga dibatalkan.....

SELAMAT MAJU JAYA
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEJOHANAN BOLA SEPAK LANGKAWI
Wednesday, March 24, 2010








Salam buat Semua...

29/03/2010

Pada petang ini, semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan diadakan di 3 gelanggang yang berbeza. Untuk perlawanan di padang SK Ewa bagi kumpulan D, perlawanan antara tuan rumah(SK Ewa) dan SK Nyior Cabang dimenangi oleh SK Ewa 1-0. SK Ewa mendapat gol melalui percubaan jarak dekat hasil umpanan pemain kidal mereka yang memakai jersi no. 7. SK Ewa mengiringi SK Kedawang untuk keperingkat kalah mati.


manakala di padang SK Ulu Melaka, SK Ulu Melaka sekadar berputih mata apabila tewas kepada SK Padang Matsirat 3-2 walaupun SK Ulu Melaka mendahului 2-0. Jadi mereka tidak dapat meneruskan cabaran untuk peringkat kalah mati.
Untuk keperingkat seterusnya, kumpulan ini diwakili oleh SK Padang Matsirat dan SK Temoyong.

Untuk kumpulan yang lain tidak daapat dipastikan dan semua perlawanan selepas ini diadakan di stadium LADA Langkawi....


28/03/2010
SK Seri Lagenda telah melakukan rombakan beSar-beSaran ketika menentang SK Kedawang dengan memaSukkan 6 pemain Simpanan yang rata-ratanya pelajar tahun 3,4 dan 5.

Ketika ditanya kenapa pasukan sKsL meletakkan pemain simpanannya ketika menentang pasukan sKKD sedangkan pasukan sKKD merupakan pasukan yang sedang menerajui carta kump D buat masa sekarang ni. "Tujuan diletakkan pelajar tahun 3,4 dan 5 adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka untuk perlawanan akan datang(tahun depan)". Kata pengurus pasukan.

Bermula seawal minit pertama, sKKD telah mendapat jaringan penyuntik semangat mereka. selang 5 minit lagi, sKKD dapat menyumbat 2 gol.

setelah sKKD mendahului 4-0, barulah pasukan sKsL memasukkan ayam tambatan mereka. keputusan ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua pasukan sKsL merapatkan jurang gol hasil dengan jaringan yang dibuat oleh kapten pasukan melalui percubaan daripada jarak 30meter.

5minit sebelum tamat masa permainan sebenar, sKKD menjarakkan kedudukan kepada 5-1.
pada minit-minit akhir sKKD menambah satu lagi gol.

Jika dilihat kepada persembahan pasukan sKsL pada separuh masa kedua, banyak asakan dibuat ke arah pintu gol sKKD. Ini membuatkan benteng pertahanan sKKD tidak senang duduk. keputusan kekal 6-1 sehingga tamat permainan.


23/03/2010

SK Seri Lagenda menerima pengajaran awal daripada SKNC dengan kekalahan 4-1. SKNC Sepatutnya boleh mendahului Seawal minit pertama apabila dihadiahkan Sepakan penalti ketika mana pertahanan SKSL telah melakukan terjahan keraS didalam kotak penalti.

Namun Sepakan terSebut telah diSelamatkan oleh penjaga gawang utama SKSL. SKNC telah mendahului pada Separuh maSa pertama dengan 2-0.

MaSuk Separuh maSa kedua, Sekali lagi SKNC menambah gol. Namun SKSL cuba untuk merapatkan kedudukan dengan jaringan pemain gantian yang licik 11minit Sebelum tamat maSa Sebenar..

2 minit Sebelum tamat permainan SKNC cuba menjarakkan kedudukan dengan jaringan cantik daripada penyerang berbiSanya......

untuk keputuSan penuh



sKKD 4 sKE 0

SKNC 4 sKsL 1

SKE 4 SKSL 0

sKKD 2 sKNC 0

SKKD 6 SKSL 1

SKNC 0 SKE 1

kejohanan bola Sepak daerah Langkawi Sudah bermula Sejak 2 hari lalu dan akan berakhir 10 April nanti..

SK Seri Lagenda juga mengambil bahagian di dalam kejohanan terSebut.

untuk peringkat kumpulan, perlawanan diadakan dibeberapa veneu. Pembahagian kumpulan adalah Seperti berikut:

KUMP A :
SKSN SKSBN SKSM SKL

KUMP B :
SKKT SKPA SKK

KUMP C :
SKPM SKT SKUM SK KILIM
KUMP D :
SKE SKKD SKNC SKSL

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MAJLIS PERPISAHAN BERULANG LAGI
Tuesday, March 23, 2010




Salam teriStimewa....

MajliS perpiSahan berlaku lagi... dalam bulan nie, Sudah 2 kali majliS perpiSahan diadakan...pada hari ini, 23/03/2010 telah diadakan majliS perpiSahan Puan Sabitah.

Setiap kali majliS perpiSahan, akan diadakan majliS makan... kalau macam ni, cepatla cikgu-cikgu pergi haji cz duit tak payah keluaq untuk makan.hehe..

Berbalik kepada majliS perpiSahan ini, terima kaSih tidak terhingga diucapkan kepada Puan Sabitah Sepanjang 3 tahun lebih perkhidmatan beliau di SK Seri Lagenda..

Beliau akan bertugaS ke Sekolah baru iaitu SK Langkawi..

Moga Puan Sabitah dapat menyeSuaikan diri di Sekolah baru......
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
LATIHAN KEJOHANAN SUKAN
Salam Sukan Untuk Semua....

Sekolah KebangSaan Seri Lagenda telah mengadakan pemilihan peSerta olahraga Sekolah untuk mewakili Sekolah dalam peringkat daerah..

Setiap rumah Sukan telah menghantar 2 orang wakil untuk pemilihan terSebut.

Nampaknya wakil daripada rumah Saga telah mendominaSi pemilihan terSebut dengan boleh dikatakan Setiap acara paSti terdapat peSerta daripada rumah Saga yang dapat mewakili Sekolah untuk kejohanan peringkat Daerah...

Tahniah diucapkan kepada Rumah Saga..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SELAMAT BERCUTI
Tuesday, March 16, 2010


Salam 1 Malaysia...

Selamat bercuti buat semua pelajar....

Untuk pelajar tahun 6, jangan lupa cuti sekolah ini kita adakan kelas tambahan..

jangan tak datang kelas tambahan pula...

Ambillah perhatian ketika guru mengajar dan jangan ponteng kelas...

Semoga anda semua success dalam UPSR 2010
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
MAJLIS PERPISAHAN
Tuesday, March 9, 2010
Salam Tahniah dan Taazim...

selepas balik dari sekolah, kami mengadakan sedikit Majlis perpisahan sempena kenaikan pangkat cikgu Zuraidi.. cikgu Zuraidy dapat bertukar ke SK Kuala Teriang. Beliau menjadi penyelia petang di sana. bermula dengan majlis bersalaman pelajar dengan Cikgu Zuraidy sehinggalah makan tengahari di kelas Pra. Moga cikgu Zuraidy dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kementerian kepada beliau dengan Jayanya di sekolah baru..

Pemergian beliau ke sana adalah satu kehilangan yang besar bagi kami di sini dan juga akan menjadi satu bonus kepada SK Kuala Teriang dengan berkhidmatnya cikgu Zuraidy di Sana..

Tahniah sekali lagi buat cikgu Zuraidy dan jangan lupa kami di sini....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEM CERGAS MINDA
Salam Ikhlas 1 Dunia







Pada pagi ni satu lagi program telah diadakan di SK Seri Lagenda. Program cergas minda yang dianjurkan oleh seoran individu yang dikenali sebagai Cikgu Yaser iaitu penduduk tempatan Langkawi yang telah berjaya.
Beliau berasal dari Kuala Teriang.

Kem ini diadakan pada pukul 10:15 pagi. bertempat di makmal komputer dan akan berakhir dalam jam 1 tengah hari. Kem ini diadakan oleh beliau dengan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Kem yang disempurnakan oleh beliau menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk membina jadual piramid. Sasaran beliau adalah pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


Setinggi ucapan terima kasih kepada beliau.....
Jazakallahu khairun Jazak....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010
Sunday, March 7, 2010
Salam IkhlaS Penuh Ukhwah





UStaz Razak menyampaikan Sedikit ceramah mengenai Maulidur RaSul







BariSan pendidik dengan penuh perhatian mendengar ceramah Maulid.





Perarakan mengelilingi kampung. Hampir 1 jam berarak..




SeleSai berarak.. pelajar terlibat dengan aktiviti Jejak Al-Amin yang mempunyai 10 check Point.









Pelajar dengan penuh Semengat menghafal Segala doa untuk mendapatkan Soalan di Setiap check point.







Check point yg memerlukan Setiap pelajar membaca doa iftitah untuk melepaSinya






Wajah2 pemenang bagi jejak al-Amin...









PeraSmi untuk Program Maulidur RaSul menjamu Selera...







Jutaan terima kaSih kepada yang menjayakan Program ini...............
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PROGRAM KENDIRI TERANCANG


Salam IkhlaS Ukhwah Bertaut...

Pada hari Rabu 03.03.10 baru ni SK Seri Lagenda telah melakSanakan 1 Program yang

dinamakan Kendiri Terancang. Program ini telah diadakan di PuSat Khidmad MaSyarakat (KEMAS) Langkawi.

Tahniah kepada yang menjayakan Program terSebut!



posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang