< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

LAWATAN DARI PEJABAT PELAJARAN DAERAH LANGKAWI
Tuesday, April 26, 2011
Salam buat semua..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PENYERAHAN ANAK ANGKAT (MENTOR MENTEE)
Monday, April 25, 2011



Salam 1Malaysia

Pada hari Ahad 24/4/2011 telah berlangsungnya majlis penyerahan anak angkat (Mentor Mentee) yang melibatkan guru-guru dan juga pelajar tahun 6.

Semua guru dan pelajar tahun 6 terlibat dan tidak seorang pun terkecuali dalam program ini. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan prestasi UPSR pelajar-pelajar pada tahun ini.

Diharapkan program ini akan memberi impak yang besar untuk keputusan UPSR tahun ini.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
KEDATANGAN PELAWAT (Ketua Sektor)
Wednesday, April 20, 2011



Salam..

Selamat datang ke SK Seri Lagenda.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
BOLA BALING MSSD LANGKAWI



Salam buat semua..

Pertandingan bola baling untuk kategori sekolah rendah telah melabuhkan tirai pada petang semalam (19 April 2011). Tahniah kepada wakil dari SK Seri Lagenda kerana telah memberi saingan dalam pertandingan tersebut.

Perjalanan pasukan lelaki SK Seri Lagenda telah disekat oleh pasukan dari SK Bayas pada suku akhir.

SK Bayas muncul Juara dengan menewaskan SK Selat Bagan Nyior dengan jaringan 4-3.

Semoga pada tahun akan datang SK Seri Lagenda boleh memberi saingan yang lebih sengit lagi seterusnya muncul sebagai johan pula..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
BOLA JARING MSSD LANGKAWI
Thursday, April 14, 2011



Final.
SKPM Vs SKSBN
SKPM menang 17-3
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING DAN JUGA BOLA JARING SEKOLAH
Monday, April 11, 2011



Salam kepada semua..

Pada petang kelmarin 10/04/2011 telah diadakan perlawanan persahabatan bola baling dan juga bola jaring.

Bola baling telah dilangsungkan di padang SK Seri Lagenda. Manakala bola jaring pula dilangsungkan di Stadium Lada.

Bola baling telah menemukan jiran setempat iaitu SK Seri Lagenda dan juga SJKT Ladang Sungai Raya. SK Seri Lagenda telah mendominasi perlawanan dan kemenangan berpihak kepada SK Seri Lagenda.

Bola jaring pula telah menemukan musuh tradisi iaitu SK Seri Lagenda bertemu SK Langkawi dan kemenangan berpihak kepada SK Seri Lagenda juga dengan agregat 4-0.

Tahniah kepada pasukan bola baling dan juga bola jaring sekolah dan terima kasih kepada pemain dan juga jurulatih SJKT Ladang Sungai Raya serta SK Langkawi di atas kesudian untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.

Moga ukhwah sentiasa terjalin selamanya.................
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
ANUGERAH CEKAP SIFIR 2011
Sunday, April 10, 2011


Salam buat semua..

Pada pagi ini, telah disampaikan anugerah cekap sifir untuk tahun 2011 kepada pelajar yang telah habis menghafal sifir 1 hingga sifir 12. program yang baru bermula awal bulan 4 baru-baru ini, telah memberi kesan yang mendalam dan juga memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk berlumba-lumba berjumpa dengan guru-guru untuk mendapatkan tandatangan pada buku sifir masing-masing.

Anugerah talah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Saad (PK 1) kepada adik Mohd Zamberi bin Zahrain.

Tahniah kepada adik Zamberi dan diharapkan memberi perangsang kepada yang lain untuk menghabiskan hafalan buku sifir tersebut secepat mungkin.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
FRIENDLY BOLA JARING
Friday, April 8, 2011
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Thursday, April 7, 2011
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SEMINAR MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS
Sunday, April 3, 2011




Salam buat semua..

Pada hari ini, satu lagi program telah diadakan iaitu teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris.
Seminar yang telah disampaikan oleh En. Abdul Rahim dan juga En. cikgu Non selama hampir empat jam ini, diharapkan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar-pelajar untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan nanti.

Seminar ini telah dikendalikan oleh panitia Bahasa Inggeris. Untuk pengentahuan semua, cikgu non merupakan salah seorang pemeriksa kertas Bahasa Inggeris untuk peperiksaan UPSR.

Terima kasih kepada penceramah dan juga terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengorbankan cuti hujung minggu untuk bersama pelajar-pelajar sepanjang program tersebut.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
SEJARAH TERCIPTA BUAT SK SERI LAGENDA



Salam Buat semua...

Pada hari Khamis baru baru ini, 31/03/2011 sejarah tercipta buat seluruh warga SK Seri Lagenda kerana Yang teramat Mulia Dato' Seri Di Raja Tunku Soraya binti Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Hj. Abdul Halim mu'adzam Shah DKAII,SHMS.SSDK. telah datang ke sekolah ini untuk menyaksikan tarian daripada anak didik SK Seri Lagenda.

Tarian yang dipersembahkan oleh sebilangan pelajar pada hari ini bertujuan untuk membuat persembahan pada majlis jamuan Amal Pandu Puteri Negeri Kedah Darul Aman pada 14/04/2011 bertempat di Hotel Awana Porto Malai.

Tunku memperkenankan persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar SK Seri Lagenda dan Baginda telah membeli dan memberikan kain untuk dipakai oleh peserta tarian pada malam persembahan nanti.

Terima kasih tidak terhingga daripada kami warga SK Seri Lagenda...
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang