< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING DAN JUGA BOLA JARING SEKOLAH
Monday, April 11, 2011



Salam kepada semua..

Pada petang kelmarin 10/04/2011 telah diadakan perlawanan persahabatan bola baling dan juga bola jaring.

Bola baling telah dilangsungkan di padang SK Seri Lagenda. Manakala bola jaring pula dilangsungkan di Stadium Lada.

Bola baling telah menemukan jiran setempat iaitu SK Seri Lagenda dan juga SJKT Ladang Sungai Raya. SK Seri Lagenda telah mendominasi perlawanan dan kemenangan berpihak kepada SK Seri Lagenda.

Bola jaring pula telah menemukan musuh tradisi iaitu SK Seri Lagenda bertemu SK Langkawi dan kemenangan berpihak kepada SK Seri Lagenda juga dengan agregat 4-0.

Tahniah kepada pasukan bola baling dan juga bola jaring sekolah dan terima kasih kepada pemain dan juga jurulatih SJKT Ladang Sungai Raya serta SK Langkawi di atas kesudian untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.

Moga ukhwah sentiasa terjalin selamanya.................
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang