< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

Kem Motivasi Bimbingan Kasih (BINGKAS)
Saturday, March 12, 2011




Salam kepada semua..

Kem Motivasi Bimbingan Kasih (BINGKAS) datang lagi. kali ini dengan sedikit pendekatan berbeza berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini program tersebut kumpulkan waris dan pelajar pada sebelah malam, tahun ini terdapat kelainan sedikit dengan mengumpulkan waris dan pelajar pada siang hari sebelum semua mengambil anak-anak pulang.

Tidak lupa di sini, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Salam Malaysia dengan kerjasama CIMB berhad membiayai sepenuhnya program tersebut.

SK Seri Lagenda adalah sekolah pertama diadakan program tersebut pada tahun ini dan akan menyusul 8 buah sekolah lagi pada tarikh seperti berikut :

1) SK Seri Lagenda, Langkawi Kedah (10 - 12 Mac 2011)
2) SK Pauh Lima, Kota Bharu Kelantan (17-19 Mac 2011)
3) SJKC Ken Boon, Kukup Pontian Johor (1-3 April 2011)
4) SK Jelutong, Pulau Pinang (15-17 April 2011)

5) SK Pulau Betong, Pulau Pinang (22-24 April 2011)

6) SK Ayer Puteh dan SK Changkat Ibul, Taiping Perak (6-8 Mei 2011)
7) SK Seri Pinang, Sungai Petani Kedah (26-28 Mei 2011)
8) SK Pulau Kundor, Kota Bharu Kelantan (12-14 Mei 2011)
9) SK Utan Aji, Kangar Perlis (17-19 Jun 2011)


Terima kasih sekalai lagi kepada pihak Yayasan Salam Malaysia dan juga CIMB Berhad kerana menyenaraikan SK Seri Lagenda pada tahun ini untuk Program tersebut.

Jasamu dikenang sepanjang hayat..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang