Bertemu dan berpisah adat manusia biasa Hilang dimata tapi dihati tak kan lupa
Pada tengah hari ini selepas tamat sesi persekolahan, telah diadakan jamuan perpisahan dan selamat datang kepada guru yang dapat bertukar dan juga guru yang baru berkhidmat di SK Seri Lagenda.
Jamuan yang dipengerusikan oleh Cikgu Amran bin Mad Taha dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Mohd Fizuan bin Abdul Khodir.
Ucapan seterusnya oleh Cikgu yang baru berkhidmat iaitu Cikgu Rizal bin Minhat dan cikgu Rusmah. Selepas itu pula, ucapan daripada guru yang telah bertukar ke sekolah lain iaitu Ustaz Abdul Razak bin Mad Arshad dan juga Cikgu Zahir bin Ali.
Selepas selesai ucapan, Guru Besar memberikan sedikit hadiah kenang-kenangan dan majlis diteruskan dengan makan tengahari..
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment