Pada hari ini, satu lagi program telah diadakan iaitu teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris. Seminar yang telah disampaikan oleh En. Abdul Rahim dan juga En. cikgu Non selama hampir empat jam ini, diharapkan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar-pelajar untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan nanti.
Seminar ini telah dikendalikan oleh panitia Bahasa Inggeris. Untuk pengentahuan semua, cikgu non merupakan salah seorang pemeriksa kertas Bahasa Inggeris untuk peperiksaan UPSR.
Terima kasih kepada penceramah dan juga terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengorbankan cuti hujung minggu untuk bersama pelajar-pelajar sepanjang program tersebut.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment