Pada hari Khamis baru baru ini, 31/03/2011 sejarah tercipta buat seluruh warga SK Seri Lagenda kerana Yang teramat Mulia Dato' Seri Di Raja Tunku Soraya binti Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Hj. Abdul Halim mu'adzam Shah DKAII,SHMS.SSDK. telah datang ke sekolah ini untuk menyaksikan tarian daripada anak didik SK Seri Lagenda.
Tarian yang dipersembahkan oleh sebilangan pelajar pada hari ini bertujuan untuk membuat persembahan pada majlis jamuan Amal Pandu Puteri Negeri Kedah Darul Aman pada 14/04/2011 bertempat di Hotel Awana Porto Malai.
Tunku memperkenankan persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar SK Seri Lagenda dan Baginda telah membeli dan memberikan kain untuk dipakai oleh peserta tarian pada malam persembahan nanti.
Terima kasih tidak terhingga daripada kami warga SK Seri Lagenda...
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment