Pada pagi ini, telah disampaikan anugerah cekap sifir untuk tahun 2011 kepada pelajar yang telah habis menghafal sifir 1 hingga sifir 12. program yang baru bermula awal bulan 4 baru-baru ini, telah memberi kesan yang mendalam dan juga memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk berlumba-lumba berjumpa dengan guru-guru untuk mendapatkan tandatangan pada buku sifir masing-masing.
Anugerah talah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Saad (PK 1) kepada adik Mohd Zamberi bin Zahrain.
Tahniah kepada adik Zamberi dan diharapkan memberi perangsang kepada yang lain untuk menghabiskan hafalan buku sifir tersebut secepat mungkin.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment