< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

KEJOHANAN BOLA SEPAK LANGKAWI
Wednesday, March 24, 2010








Salam buat Semua...

29/03/2010

Pada petang ini, semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan diadakan di 3 gelanggang yang berbeza. Untuk perlawanan di padang SK Ewa bagi kumpulan D, perlawanan antara tuan rumah(SK Ewa) dan SK Nyior Cabang dimenangi oleh SK Ewa 1-0. SK Ewa mendapat gol melalui percubaan jarak dekat hasil umpanan pemain kidal mereka yang memakai jersi no. 7. SK Ewa mengiringi SK Kedawang untuk keperingkat kalah mati.


manakala di padang SK Ulu Melaka, SK Ulu Melaka sekadar berputih mata apabila tewas kepada SK Padang Matsirat 3-2 walaupun SK Ulu Melaka mendahului 2-0. Jadi mereka tidak dapat meneruskan cabaran untuk peringkat kalah mati.
Untuk keperingkat seterusnya, kumpulan ini diwakili oleh SK Padang Matsirat dan SK Temoyong.

Untuk kumpulan yang lain tidak daapat dipastikan dan semua perlawanan selepas ini diadakan di stadium LADA Langkawi....


28/03/2010
SK Seri Lagenda telah melakukan rombakan beSar-beSaran ketika menentang SK Kedawang dengan memaSukkan 6 pemain Simpanan yang rata-ratanya pelajar tahun 3,4 dan 5.

Ketika ditanya kenapa pasukan sKsL meletakkan pemain simpanannya ketika menentang pasukan sKKD sedangkan pasukan sKKD merupakan pasukan yang sedang menerajui carta kump D buat masa sekarang ni. "Tujuan diletakkan pelajar tahun 3,4 dan 5 adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka untuk perlawanan akan datang(tahun depan)". Kata pengurus pasukan.

Bermula seawal minit pertama, sKKD telah mendapat jaringan penyuntik semangat mereka. selang 5 minit lagi, sKKD dapat menyumbat 2 gol.

setelah sKKD mendahului 4-0, barulah pasukan sKsL memasukkan ayam tambatan mereka. keputusan ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua pasukan sKsL merapatkan jurang gol hasil dengan jaringan yang dibuat oleh kapten pasukan melalui percubaan daripada jarak 30meter.

5minit sebelum tamat masa permainan sebenar, sKKD menjarakkan kedudukan kepada 5-1.
pada minit-minit akhir sKKD menambah satu lagi gol.

Jika dilihat kepada persembahan pasukan sKsL pada separuh masa kedua, banyak asakan dibuat ke arah pintu gol sKKD. Ini membuatkan benteng pertahanan sKKD tidak senang duduk. keputusan kekal 6-1 sehingga tamat permainan.


23/03/2010

SK Seri Lagenda menerima pengajaran awal daripada SKNC dengan kekalahan 4-1. SKNC Sepatutnya boleh mendahului Seawal minit pertama apabila dihadiahkan Sepakan penalti ketika mana pertahanan SKSL telah melakukan terjahan keraS didalam kotak penalti.

Namun Sepakan terSebut telah diSelamatkan oleh penjaga gawang utama SKSL. SKNC telah mendahului pada Separuh maSa pertama dengan 2-0.

MaSuk Separuh maSa kedua, Sekali lagi SKNC menambah gol. Namun SKSL cuba untuk merapatkan kedudukan dengan jaringan pemain gantian yang licik 11minit Sebelum tamat maSa Sebenar..

2 minit Sebelum tamat permainan SKNC cuba menjarakkan kedudukan dengan jaringan cantik daripada penyerang berbiSanya......

untuk keputuSan penuh



sKKD 4 sKE 0

SKNC 4 sKsL 1

SKE 4 SKSL 0

sKKD 2 sKNC 0

SKKD 6 SKSL 1

SKNC 0 SKE 1

kejohanan bola Sepak daerah Langkawi Sudah bermula Sejak 2 hari lalu dan akan berakhir 10 April nanti..

SK Seri Lagenda juga mengambil bahagian di dalam kejohanan terSebut.

untuk peringkat kumpulan, perlawanan diadakan dibeberapa veneu. Pembahagian kumpulan adalah Seperti berikut:

KUMP A :
SKSN SKSBN SKSM SKL

KUMP B :
SKKT SKPA SKK

KUMP C :
SKPM SKT SKUM SK KILIM
KUMP D :
SKE SKKD SKNC SKSL

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang