Latihan demi latihan dibuat untuk masuk pertandingan ping pong sehingga pelajar-pelajar bermalam di rumah Ustaz Ismail Saleh.
Tiba di hari pertandingan, Penganjur tidak menerima penyertaan dari kanak-kanak bawah 12 tahun.
kesian pelajar-pelajar ustaz..
Wajah-wajah wakil pelajar SK Seri Lagenda yang hampa kerana tidak diterima penyertaan.
jadi wakil dari SK Seri Lagenda hanya Ustaz seorang sahaja
Imam Masjid Kelibang Ustaz Hj. Ismail b. Mohd Noor Merasmikan pembukaan pertandingan ping pong..
Single pertama bermain dalam peringkat kumpulan. Iaitu Ustaz Ismail Vs Wakil dari RTM Langkawi.
Final...Pertemuan antara Ustaz Ismail dari SK Seri Lagenda Vs Ustaz Rosidi dari SK Ulu Melaka dengan kemenangan 3-1 berpihak kepada Ustaz Ismail.
Untuk Pertandingan regu, Ustaz Ismail beregu dengan Ustaz Rosidi.
Untuk Keputusan Penuh Perseorangan Johan : Ustaz Ismail b. Saleh (SK Seri Lagenda) N/Johan : Ustaz Mohd Rosidi b. Saleh (SK Ulu Melaka) Tempat Ke-3 : Tn. Hj. Rosli (Bos T. Haji Langkawi)
Beregu Johan : En. Zuraidy & wakil Tabung Haji N/Johan : Ust. Ismail & Ustaz Rosidi Tempat ke-3 : En. Zakaria & wakil RTM Langkawi
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment