selepas balik dari sekolah, kami mengadakan sedikit Majlis perpisahan sempena kenaikan pangkat cikgu Zuraidi.. cikgu Zuraidy dapat bertukar ke SK Kuala Teriang. Beliau menjadi penyelia petang di sana. bermula dengan majlis bersalaman pelajar dengan Cikgu Zuraidy sehinggalah makan tengahari di kelas Pra. Moga cikgu Zuraidy dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kementerian kepada beliau dengan Jayanya di sekolah baru..
Pemergian beliau ke sana adalah satu kehilangan yang besar bagi kami di sini dan juga akan menjadi satu bonus kepada SK Kuala Teriang dengan berkhidmatnya cikgu Zuraidy di Sana..
Tahniah sekali lagi buat cikgu Zuraidy dan jangan lupa kami di sini....
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment