MajliS perpiSahan berlaku lagi... dalam bulan nie, Sudah 2 kali majliS perpiSahan diadakan...pada hari ini, 23/03/2010 telah diadakan majliS perpiSahan Puan Sabitah.
Setiap kali majliS perpiSahan, akan diadakan majliS makan... kalau macam ni, cepatla cikgu-cikgu pergi haji cz duit tak payah keluaq untuk makan.hehe..
Berbalik kepada majliS perpiSahan ini, terima kaSih tidak terhingga diucapkan kepada Puan Sabitah Sepanjang 3 tahun lebih perkhidmatan beliau di SK Seri Lagenda..
Beliau akan bertugaS ke Sekolah baru iaitu SK Langkawi..
Moga Puan Sabitah dapat menyeSuaikan diri di Sekolah baru......
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment