Program : Kejohanan Ping Pong SKSL Tarikh : 22 Mei 2010 Tempat : Bilik Ping Pong SKSL Anjuran : Kelab Ping Pong SKSL
Satu lagi program yang akan dianjurkan di peringkat sekolah ialah kejohanan ping pong yang akan berlangsung pada 22 Mei 2010 iaitu 3 minggu lagi.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Ping Pong SK Seri Lagenda. Tujuan dianjurkan program ini untuk mencungkil dan mencari bakat yang terpendam dalam diri pelajar-pelajar.
Penyertaan terhad kepada 20 orang dan jadual perlawanan berbentuk liga. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Ustaz Ismail bin Saleh di Talian 04-9661634/ 019-2757437.
Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada para pelajar. Jadi, rebutlah peluang yang terbuka di depan anda.
Mulai sekarang, dijemput kepada yang berminat untuk berlatih di sekolah setiap hari Rabu dan Khamis mulai jam 1.45 (Rabu) dan 12.45(Khamis). Latihan akan tamat pada jam 3.00 petang.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment