Untuk paparan Umum, SK Seri Lagenda telah turun ke padang pada malam tadi 25 April 2010 untuk sama-sama melibatkan diri dalam permainan Futsal.
Sebilangan guru lelaki dan beberapa pemain jemputan telah bermain futsal bertempat di Sebelah Kristal Halim Mazmin. Permainan bermula tepat jam 8.15 malam.
Penganjuran tersebut adalah persiapan awal skuad SK Seri Lagenda untuk menentang mana-mana skuad daripada mana-mana sekolah di Langkawi ini.
Rupa-rupanya ramai yang boleh bermain futsal dengan baik walaupun selama ini sibuk dengan P&P di sekolah. Pelbagai teknik ataupun 'skill' yang dikeluarkan oleh setiap individu pada malam tadi.
Jadi selepas ini kita akan bermain untuk setiap minggu hari dan masa yang sama. Kepada mana-mana sekolah yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan bolehlah berhubung dengan Cikgu Hamdan bin Anuar ditalian 04-9661634.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment