Pada minggu lepas 14/04/2010 Panitia Pendidikan Islam telah menerbitkan Buletin Sekolah yang diberi nama SUARA UKHWAH. Terdapat pelbagai peraduan yang menguji minda pelajar untuk dijawab didalamnya.
Begitu juga pada hari khamis 15/04/2010 telah diadakan ujian saringan Cekap Sifir bagi memilih siapakah yang layak memegang anugerah tersebut kali ini. adakah pelajar yang sama atau pelajar yang berlainan?
Jadi keputusan telah diketahui pada minggu ini. Anugerah disampaikan ketika perhimpunan pagi dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Lagenda En. Mohd Zahir bin Hashim.
Hadiah Peraduan Buletin: Tahap 1 : Tempat ke-3 Nuraini binti Yusof Tempat ke-2 Nurul Nuha binti Mohd Farith Johan -----> Mohd Lokman Hakim bin Mohd Noor
Tahap 2 : Tempat ke-3 Nur Alisa Azreen binti Azri Tempat ke-2 Nur Syakirah binti Shahrom Johan -----> Amar Danial bin Mustaffa
Anugerah Cekap Sifir
1. Lokman b. Ishak 100% 2. Amar Danial b. Mustaffa 100% 3. Hanis Nazihah binti Zakaria 100% 4. Ahmad Akmal Hakim 100% 5. Siti Zulaiha bt. Zakaria 98% 6. Amin Nasrin b. Hassan 98% 7. Nor Syakirah binti Shahrom 96% 8.Mohd Syazwan bin Salehuddin 96% 9. Mohd Nizal bin Abidin 96% 10. Siti Aminah binti Haris 96% 11. Muhd Farhan bin Zamberi 94%
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Untuk Ujian akan datang akan diadakan pada 6 Mei 2010..
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment