< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 26 SKSL
Thursday, April 1, 2010




Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Pada malam tadi 31/03/2010 SK Seri Lagenda telah mengadakan mesyuarat PIBG ke 26. Mesyuarat dimulakan pada pukul 8.45 mlm dan berakhir pada pukul 11.07 malam mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi. Tuan Hj. Abd Aziz b. Ahmad.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Zainab dan En. Amran b. Mad Taha. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada YDP PIBG iaitu En. Mohd Niziam b. Abu Bakar. Antara isi ucapan beliau ialah, beliau tidak akan berdiam diri tentang prasarana sekolah yang serba kekurangan.

Setelah itu, Guru Besar telah memberikan ucapan yang ringkas dengan meminta hadirin yang hadir untuk mengekalkan AJK yang sedia ada bagi meneruskan agenda yang baru disemai serta menambah bilangan AJK baru.

Untuk kemuncaknya iaitu perasmian Mesyuarat agung PIBG ke 26. Sebelum Pegawai Pelajaran Daerah merasmikan mesyuarat tersebut, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG di atas kejayaan sekolah meningkatkan prestasi UPSR pada tahun lepas dengan mendapat 56.9% berbanding tahun sebelumnya.

Beliau juga memberikan beberapa pepatah antaranya ialah
"Kalau nak makan 3 bulan, tanamlah ubi,
Kalau nak makan 1 Tahun, tanamlah padi
Kalau nak makan 10 Tahun, tanamlah pokok buah-buahan
Kalau nak makan 100 tahun, tanamlah manusia"(beri didikan)

Beliau juga memberikan cadangan untuk memantapkan lagi prestasi sekolah iaitu:


  1. Mempunyai hala tuju yang jelas(Fokus)

  2. Kepimpinan melalui teladan

  3. Mempunyai sumber dan sokongan

  4. Komunikasi berkesan

  5. Persekitaran yang kondusif

  6. Persediaan untuk berubah 'Didik anak-anak kamu ikut zamannya' - Saidina Umar
Sebelum akhirnya beliau mengingatkan kepada hadirin supaya berhati-hati dengan virus H1N1 yang sedang melanda Langkawi. 4 buah sekolah telah diserang virus tersebut antaranya ialah SMK Langkawi Pulau Tuba, SK Lubuk Cempedak dan SMK Teknik Langkawi.

Terakhir sekali beliau mengingatkan mengenai NKRA teras yang ke3 berkaitan Linus,SBT dan Pra sekolah. Beliau mengharapkan kepada waris dan guru-guru supaya membuat sesuatu kepada pelajar-pelajar lelaki kerana pelajar lelaki yang berjaya sekarang semakin berkurangan jika dibandingkan dengan pelajar perempuan.

Sambil bergurau beliau berkata "Pelajar perempuan di Universiti, Pelajar lelaki di Pusat Serenti, Pelajar perempuan membaca buku, pelajar lelaki naik motor". Kata beliau.

Beliau juga meminta supaya waris dan guru-guru "Memperkasakan laki-laki, melakikan orang laki-laki".

Setelah perasmian disempurnakan beliau, beliau menjamu selera dan hadirin menyambung kembali mesyuarat. terdapat 7 usul yang dibincangkan dan beberapa perkara berbangkit diutarakan. Usul yang terbesar sekali ialah memohon bagunan baru dan juga padang sekolah yang baru.

Mesyuarat diakhiri dengan cabutan bertuah. antaranya basikal serta hamper.....

semua hadirin bersurai jam 11.07malam......


posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang