KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2010
Sunday, April 18, 2010
Salam Ikhlas Penuh Ukhwah...
Pada minggu yang lalu, Negeri Kedah telah menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan peringkat Negeri Kedah 2010.
Tidak terkecuali, Daerah Langkawi telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Daerah Langkawi telah memungut 6 Emas 4 Perak dan 3 Gangsa.
Dalam Acara lontar peluru, Daerah Langkawi telah mendapat tempat ke-3. Wakil lontar peluru Langkawi adalah pelajar SK Seri Lagenda. Semasa mewakili sekolah tempoh hari, beliau telah mendapat tempat ke-2 kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak penganjur kerana tidak menerima bantahan daripada pihak sekolah.
Bukan cakap kosong, tetapi tindakan yang dilakukan oleh kontijen SK Seri Lagenda adalah berasas kerana Johan Lontar peluru Daerah Langkawi tidak mendapat tempat di kejohanan tersebut.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Mohammad Yusri Mohd Noor di atas kejayaan tersebut. Beliau telah mengharumkan nama daerah Langkawi dan juga SK Seri Lagenda.
Moga Anda berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment