< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

MAJLIS PERPISAHAN DAN KENAIKAN PANGKAT
Wednesday, April 28, 2010
Salam perpisahan...

Pada petang 27 April jam 2.00 ptg, Satu lagi majlis diadakan bertempat di Pra Sekolah.
Majlis pada petang ini diadakan berikutan Ustaz Ismail Mohd Noor akan meninggalkan SK Seri lagenda dalam menjalankan tugas beliau.

Beliau akan ditempatkan di Majlis Ugama sebagai penyelaras Masjid-masjid dan Surau-surau Daerah Langkawi ini.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ismail di atas kenaikan pangkat tersebut. Jangan lupakan kami di sini.

Untuk pengentahuan, Ustaz Ismail merupakan Guru KAFA yang banyak menabur bakti kepada anak didik SK Seri Lagenda ini.

Beliau telah berkhidmat beberapa tahun lama di sini sehingga 4 orang Guru Besar yang silih berganti mentadbir di Sekolah ini. Begitu banyak jasa beliau mendidik pelajar SK Seri Lagenda untuk mengenali Ilmu Al-Quran. Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau itu.

Kami di SK Seri Lagenda ini memohon maaf andainya banyak salah dan silap yang telah kami lakukan sepanjang Ustaz berkhidmat di sini. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan manusia tidak sunyi dari kesilapan. Jadi kami sebagai manusia biasa pasti ada melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Oleh itu kami memohon kemaafan daripada Ustaz Ismail.

Akhir sekali, terimalah sepotong hadis Nabi s.a.w :-

جاء الإسلام غريبا وسيعود غريبا فتوبى للغرباء



Tahniah Ustaz..
Islam Itu Indah.....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang