Pada hari ini, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Alor Setar. Semua pelajar dan guru pembimbing berkumpul di Jetty Point Kuah dan menaiki feri jam 7.30 pagi.
Seramai 44 orang menyertai lawatan tersebut. Tujuan lawatan diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan pengalaman serta membuka minda kerana kebanyakan daripada pelajar di Langkawi ini tidak pernah pergi ke Tanah besar.
Alhamdulillah, lawatan yang memakan masa sehari suntuk berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar timbul.
Selain daripada itu, diucapkan terima kasih kepada Datuk Lat Shariman b. Abdullah iaitu Ketua Umno bahagian Kuala Kedah merangkap Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Kementerian Kewangan kerana menampung makan tengah hari kami di restoran beliau iaitu Restoran Lat Nasi Ayam.
Semua rombongan pulang ke rumah masing-masing sekitar jam 9.30malam.
Diharapkan lawan ini memberi makna kepada semua pelajar setelah melawat beberapa tempat menarik dan juga dapat pengalaman pertama menaiki keretapi dari Arau ke Alor Setar.
Pada hari ini telah diadakan satu mesyuarat Agong PIBG kali Ke-28 SK Seri Lagenda. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 8.30 pagi itu dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Mohd Rawi bin Abdul Hamid (ADUN Ayer Hangat).
Mesyuarat berjalan dengan lancar. Apa yang menarik pada mesyuarat ini adalah kehadiran para waris yang begitu ramai. Kehadiran mereka bukan kerana tertarik kepada cabutan bertuah yang menawarkan 4 buah basikal dan lebih 60 hamper.
Mesyuarat habis sekitar jam 1.00 tgh hari dan barisan kepimpinan diteruskan lagi 1 penggal dengan barisan yang lama....
Moga dengan usaha kita kerana untuk melihat kecemerlangan anak-anak kita di masa hadapan.
Pada hari ini, pertandingan bola baling peringkat daerah Langkawi telah diadakan bertempat di Dewan Lima Langkawi, Padang Mat Sirat.
SK Seri Lagenda merupakan antara 12 pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.
SK Seri Lagenda diundi bersama SK Bayas dan juga SK Kilim. Elok juga kerana kami serumpun. Perlawanan pertama SK Seri Lagenda tewas 1-2 kepada SK Bayas. Manakala SK Kilim menang 2-0 apabila dijadualkan bertemu SK Bayas.
Perlawanan hidup mati antara SK Seri Lagenda dengan SK Kilim berpihak kepada SK Seri Lagenda dengan kemenangan besar 6-1.
Jadi SK Seri Lagenda selaku Johan kumpulan diiringi dengan SK Bayas untuk ke peringkat suku akhir.
Peringkat suku akhir SK Seri Lagenda bertemu dengan SK Ewa dan kemenangan berpihak kepada SK Seri Lagenda dengan 6-2. Seterusnya SK Seri Lagenda bertemu dengan SK Temonyong untuk peringkat separuh akhir dan SK Seri Lagenda sekali lagi beroleh kemenangan tipis 8-7.
Perlawanan akhir SK Seri Lagenda bertemu SK Padang Matsirat dan SK Seri Lagenda tidak mampu untuk mengekalkan momentom kemenangan dan tewas kepada SK Padang Matsirat.
Apapun tahniah diucapkan kepada pejuang-pejuang SK seri Lagenda kerana berjaya membawa pulang pingat PERAK untuk sekolah.
Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada para pemain..
Buat tatapan semua pengunjung blog ini. pada minggu lepas Daerah Langkawi telah mengadakan satu pertandingan pantun peringkat Daerah.
Seramai 8 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Tidak terkecuali, SK Seri Lagenda juga menghantar wakil pantun yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6.
Alhamdulillah SK Seri Lagenda telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Zainab bt Mohamed Said dan juga tahniah kepada para peserta yang telah mengharumkan nama sekolah.
Kem Pegurusan Kehidupan Dan Sahsiah telah dijalankan pada tarikh yang telah dinyatakan. Kem ini telah lama dirancang dan baru dapat dilaksanakan disebabkan kekangan waktu. Kem ini hampir sepenuhnya diuruskan oleh fasilitator daripada SMK Kelibang yang sukarela untuk memberi tunjuk ajar kepada adik-adik pemimpin pelajar.(Pengawas sekolah/pengawas PSS/Ketua kelas dan Penolong ketua kelas).
Kem kali ini juga hanya di pantau oleh beberapa orang guru sahaja yang sukarela untuk melicinkan perjalanan sepanjang kem dijalankan.
Diharapkan kem ini dapat memberikan input berguna kepada pemimpin pelajar yang terlibat sekaligus menunjukkan sikap dan akhlak terpuji untuk dicontohi oleh rakan-rakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Fasilitator daripada SMK Kelibang dan juga bakal pendidik daripada IPGM KPI Bangi yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Pisau raut hilang di rimba Kegunaan anak Raja di Kedah Karam di laut boleh kutimba Karam di hati bilakah sudah
Sekali lagi pada hari hari ini, sekali lagi pihak sekolah mengadakan perjumpaan dengan waris tahun 6 2012. Tujuan perjumpaan ini diadakan untuk membentangkan mengenai prestasi pelajar tahun 6 untuk Ujian 1 yang baru selesai sebelum cuti sekolah baru-baru ini.
Selain daripada itu juga, perjumpaan ini juga bertujuan untuk memberitahu kepada waris-waris mengenai setiap program yang akan diadakan sepanjang bulan Mac dan seterusnya.
Semoga pihak waris mengambil perhatian mengenai apa yang telah diperkatakan untuk kejayaan anak kita semua.
Pada cuti sekolah yang sudah, SK Seri Lagenda telah melaksanakan satu program yang telah dirancang sendiri oleh pelajar dengan tunjuk ajar daripada Tuan Guru Besar sendiri.
Program yang dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di padang sekolah telah dihadiri oleh majoriti pelajar tahun 6 dan 2 orang daripada tahun 5.
Program ini juga telah dibantu dan dipantau oleh beberapa fasilitator yang sukarela untuk membantu yang datang dari SMK Kelibang.
Tahniah kepada pelajar dan juga terima kasih diucapkan kepada fasilitator di atas bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan juga pelajar-pelajar SK Seri Lagenda. Kepada semua pelajar, moga cuti anda selamat seminggu telah menambahkan pembacaan anda semua.
Diucapkan juga selamat datang kepada 6 orang guru yang telah datang ke SK Seri Lagenda untuk melakukan operasi (School Based Experience/Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)).
Semoga semua cikgu yang ditempatkan mudah bergaul dengan guru-guru yang sedia ada dan guru-guru yang sedia ada memberi tunjuk ajar kepada mereka semua.
Guru-guru yang ditempatkan di SK Seri Lagenda seperti berikut:
Kejohanan Olahraga peringkat Daerah Langkawi sedang berlangsung di Stadium Langkawi bermula 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012..
Setakat ini, SK Seri Lagenda telah memenangi pingat gangsa untuk acara lontar peluru. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada adik Azura binti Ghazali di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah..
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile