Kem Pegurusan Kehidupan Dan Sahsiah telah dijalankan pada tarikh yang telah dinyatakan. Kem ini telah lama dirancang dan baru dapat dilaksanakan disebabkan kekangan waktu. Kem ini hampir sepenuhnya diuruskan oleh fasilitator daripada SMK Kelibang yang sukarela untuk memberi tunjuk ajar kepada adik-adik pemimpin pelajar.(Pengawas sekolah/pengawas PSS/Ketua kelas dan Penolong ketua kelas).
Kem kali ini juga hanya di pantau oleh beberapa orang guru sahaja yang sukarela untuk melicinkan perjalanan sepanjang kem dijalankan.
Diharapkan kem ini dapat memberikan input berguna kepada pemimpin pelajar yang terlibat sekaligus menunjukkan sikap dan akhlak terpuji untuk dicontohi oleh rakan-rakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Fasilitator daripada SMK Kelibang dan juga bakal pendidik daripada IPGM KPI Bangi yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Pisau raut hilang di rimba Kegunaan anak Raja di Kedah Karam di laut boleh kutimba Karam di hati bilakah sudah
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment