Bertemu dan berpisah adat manusia biasa Hilang dimata tapi dihati tak kan lupa
Pada tengah hari ini selepas tamat sesi persekolahan, telah diadakan jamuan perpisahan dan selamat datang kepada guru yang dapat bertukar dan juga guru yang baru berkhidmat di SK Seri Lagenda.
Jamuan yang dipengerusikan oleh Cikgu Amran bin Mad Taha dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Mohd Fizuan bin Abdul Khodir.
Ucapan seterusnya oleh Cikgu yang baru berkhidmat iaitu Cikgu Rizal bin Minhat dan cikgu Rusmah. Selepas itu pula, ucapan daripada guru yang telah bertukar ke sekolah lain iaitu Ustaz Abdul Razak bin Mad Arshad dan juga Cikgu Zahir bin Ali.
Selepas selesai ucapan, Guru Besar memberikan sedikit hadiah kenang-kenangan dan majlis diteruskan dengan makan tengahari..
Pada 24 dan 25 Januari 2011 satu kejohanan pingpong telah diadakan bertempat di MRSM Langkawi. Kejohanan ini telah diuruskan oleh Ustaz Ismail bin Saleh dari SK Seri Lagenda.
Memandangkan kelengkapan yang serba kekurangan di SK Seri Lagenda, maka SK Seri Lagenda telah memohon jasa baik MRSM untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di situ.
Kejohanan yang dijanggakan tidak begitu meriah kerana baru memperkenalkan semula sukan pingpong di Langkawi ini bertukar menjadi meriah dengan penglibatan peserta yang begitu ramai.
Pertandingan dijalankan mengikut kategori berikut :
Lelaki bawah 12 Tahun (15 penyertaan) Lelaki bawah 18 Tahun (40 penyertaan) Perempuan bawah 12 Tahun (3 penyertaan) Perempuan bawah 18 Tahun (7 penyertaan)
Untuk keputusan penuh
Lelaki Bawah 12 Johan : Lim Chein Jein N.Johan : Khairul Imran Ketiga : Mohd Amirul Danish Keempat : Tee Wei Song
Lelaki bawah 18 Johan : Muhaimin Fauzi N.Johan : Shafieq Hashim Ketiga : Hazwan
Perempuan bawah 12 Johan : Carmen Low N. Johan : Chua Suienyee Ketiga : Farah Izzah Ulyaa
Perempuan Bawah 18 Johan : Nurul Shuhada N. Johan : Hazimah Ketiga : Nadhirah
Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak berpeluang untuk menang sila cuba lagi untuk tahun hadapan.
Setinggi terima kasih kepada Pihak MRSM yang banyak membantu dalam menjayakan kejohanan ini dan terima kasih juga kepada pengadil yang dilantik iaitu En. Hamdan Anuar, En Zahir Ahmad, En. Syaiful Azrei Muhamad, Ust. Mohd Rosidi Saleh dan Ust. Rezmi Ismail. Terima kasih juga kepada pembantu pengadil dikalangan peserta terlibat.
Pada pagi ini setelah perhimpunan dijalankan dan mesyuarat kecil-kecilan untuk semua tenaga pengajar sekolah sebelum sesi pembelajaran dijalankan, Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda telah menerima pelawat daripada PPD Langkawi iaitu Ustaz Mahmud Hasan(Pegawai Khas j-QAF Langkawi).
Kedatangan Ustaz Mahmud disambut mesra oleh Pembantu Am sekolah sementara menunggu guru-guru habis mesyuarat kecil-kecilan.
Tujuan kehadiran Ustaz Mahmud adalah untuk berjumpa dengan Ustaz Ismail bin Saleh kerana kehadiran beliau sebelum ini iaitu pada 19 Januari 2011 beliau tidak dapat bertemu Ustaz Ismail disebabkan Ustaz Ismail menghadiri mesyuarat Pengurus Teknik Pingpong di Kuala Muda Yan.
Ustaz Mahmud menerangkan status guru j-QAF dan penerangan Ustaz Mahmud menunjukkan terdapat unsur positif terhadap penglibatan Ustaz Ismail dalam mengendalikan sukan pingpong Daerah Langkawi.
Ustaz Mahmud juga ada mengatakan bahawa Ustaz Abdul Somad akan melawat SK Seri Lagenda, Kisap dalam minggu ini juga.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mahmud di atas makluman tersebut dan diharapkan kepada guru terlibat perlu bersedia seperti sebelum ini.
Pada perhimpunan rasmi pagi ini, satu upacara penyampaian skim takaful oleh Guru Besar kepada waris yang kematiaan anaknya pada 29 okt tahun lepas iaitu Allahyarham Mohd Yusri bin Mohd Noor.
Arwah yang telah pergi meninggalkan kita hampir 3 bulan disebabkan kemalangan jalanraya itu telah dibayar insuran sebanyak RM5000 menggunakan cek oleh Guru Besar sekolah En.Mohd Zahir bin Hashim. Inilah hasil daripada pembayaaran wang Perlindungan Skim Takaful yang dibayar oleh pelajar setiap sekolah sebanyak RM 1.50 setiap tahun itu.
Terima kasih diucapkan kepada guru besar kerana berusaha untuk mendapatkan bayaran daripada pihak insuran dan berbanyak terima kasih kepada Syarikat Takaful Malaysia di atas bayaran tersebut.
Selamat kembali ke sekolah dan selamat kembali bertugas kepada semua warga SK Seri Lagenda.. Pada hari pertama persekolahan tahun baru 2011 kelihatan semua pelajar teruja datang ke sekolah dengan majoriti dengan penampilan serba baharu.
Semoga pelajar-pelajar juga datang dengan azam yang baru tahun ini. Kepada adik-adik tahun satu yang baharu 2011 ini, selamat menjadi murid sekolah. Semoga Allah merahmati kita semua.
Kepada guru-guru, selamat bertugas dan kepada guru yang baharu bertugas di SK Seri Lagenda, selamat menyesuaikan diri di sekolah ini.
Kepada guru yang dapat bertukar ke sekolah daripada SK Seri Lagenda ini, semoga dapat menyesuaikan diri di tempat baharu.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile