Salam Muhibbah kepada semua.. Program Sehari Bersama Ulama' adalah program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Langkawi, Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Pejabat Agama Langkawi dengan kerjasama dengan Yayasan Islam Negeri Kedah. Program yang berlangsung pada hari ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. bermula dari orang awam sehinggalah kepada Pegawai Daerah.
Program ini bermula jam 9.45 pagi dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Langkawi. Kemudian majlis diserahkan kepada pengerusi Forum iaitu Ustaz MOhd Isa Abdul Rahman. Ahli Panel terdiri daripada ; Panel i. Dato syeikh Hamid bin Tahir. Panel ii. Dato' syeikh Fadzil bin Haji Awang Panel iii. Prof Madya Dr. Abd Aziz bin Hanafi
Program tamat jam 12.30 petang. Terdapat sedikit kelemahan yang dapat dilihat pada penghujung program ketika tetamu-tetamu ingin meninggalkan majlis iaitu pintu keluar hanya dibuka satu sahaja. Jadi tetamu perempuan dan lelaki berebut-rebut untuk keluar. Mungkin petugas tidak perasan perkara ini. Moga program yang akan dianjurkan selepas ini diberi juga penekanan kepada benda yang seakan kecil tetapi impaknya sangat besar kepada kita. Keseluruhan program sangat baik dan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan program berbentuk ilmiah ini. diharapkan program seperti ini diperbanyakkan lagi di Langkawi ini.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment