< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

FRIENDLY DAN KEJOHANAN BOLA JARING
Monday, May 3, 2010




Salam kepada Semua....

3 Mei 2010

Pada pagi ini, telah diadakan kejohanan Bola Jaring yang berlangsung di Stadium LADA Langkawi. Pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda diundi dalam kumpulan yang agak kuat iaitu SK Ewa dan juga SK Seri Negeri.

Pada perlawanan pertama, SK Seri Lagenda akan bertemu juara kumpulan tahun lepas iaitu SK Ewa. perlawanan berlangsung dengan baik sekali. Keputusan yang diterima dari bilik berita SK Seri Lagenda telah tewas kepada pasukan SK Ewa dengan 4-0.

Malang terus menimpa pasukan SK Seri Lagenda apabila tewas tipis kepada SK Seri Negeri. SK Seri Negeri telah menang 6-5 dengan SK Seri Lagenda. Sebelum itu, SK Ewa dibelasah oleh SK Seri Negeri. Jika diukur dari segi matematik pasti SK Seri Lagenda akan kalah teruk, atau SK Seri Lagenda sepatutnya menang dengan SK Ewa.

Tetapi, di atas padang memang sebegini. benda yang tidak dijangka akan berlaku selagi wisel penamat tidak dibunyikan. Apapun tahniah kepada guru pengiring dan juga pelajar di atas pengalaman tersebut...




2 Mei 2010

Pada jam 5.30 Petang, telah diadakan perlawanan persahabatan bola jaring antara pasukan sekolah dan juga peserta daripada SK Langkawi.

Pada separuh masa pertama, dilihat seolah-olah kemenangan akan berpihak kepada SK Seri Lagenda kerana telah mendahului dengan 3 gol berbalas kosong. Ketika waktu rehat separuh masa, difahamkan skuad SK Seri Lagenda keletihan kerana terlalu banyak minum air.

Implikasinya semasa bermain untuk separuh masa kedua, semuanya keletihan dan bola berkampung hanya di kawasan SK Seri Lagenda. Satu demi satu gol dapat dijaringkan oleh pasukan SK Langkawi dan keputusan akhir berpihak kepada SK Lngkawi dengan kemenangan 4-3.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang