< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

PERTANDINGAN KO-KURIKULUM KAFA PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2010
Monday, May 3, 2010

Salam Muhibbah buat semua...

Pada 1 Mei yang lalu. Pelajar KAFA SK Seri Lagenda telah menyertai Pertandingan Nasyid KAFA peringkat Daerah Langkawi Tahun 2010 yang berlangsung di Dataran Masjid Kedawang.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Nasyid KAFA SK Seri Lagenda kerana menduduki tempat ketiga keseluruhan. Difahamkan kedudukan tempat seperti berikut:

Pertama : SK Temonyong
Kedua : SK Nyior Chabang
Ketiga : SK Seri Lagenda

Ketika ditanya kepada Jurulatih Nasyid KAFA Sekolah(Ustaz Ismail Mohd Noor), beliau memberitahu pasukan Nasyid KAFA Sekolah tewas disebabkan pakaian seragam yang tidak berapa lengkap.

Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Ismail Mohd Noor dan juga Ustazah Hasnah di atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar kita sehingga berjaya memperoleh kejayaan di sana.

Secara peribadi, bukan mudah untuk berada pada kelompok tiga terbaik dalam Daerah Langkawi tambahan pula pelajar sekolah yang terlalu kecil bilanganya berbanding sekolah lain yang bilangannya mencecah 1000 orang.

Syabas dan Tahniah diucapkan sekali lagi.....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang