< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

UJIAN PEMANTAPAN CEKAP SIFIR DAN KELUARAN EDISI KEDUA BULETIN SEKOLAH
Thursday, May 6, 2010




Salam kepada semua pengunjung..

Pada hari rabu dan khamis ini, 5 dan 6 mei 2010 satu Ujian telah diadakan lagi sekali untuk pelajar yang telah habis menghafal sifir dan edaran Buletin Sekolah untuk Edisi kedua dilancarkan.

Untuk ujian cekap sifir, seramai 41 orang telah diuji mengikut tahap masing-masing. seramai 12 orang akan dianugerahkan pada hari Ahad nanti.

Bagi pelajar yang berjaya, tahniah diucapkan dan bagi yang belum berjaya teruskan usaha anda. Bagi pelajar yang telah terima anugerah sebelum ini kehilangan anugerah pula pada kali ini diharap berusaha gigih lagi. Anda Mampu mengubahnya.

Kepada pelajar yang belum habis menghafal, segerakanlah bangkit dari dibuai mimpi yang indah. Usaha gigih anda perlu untuk kejayaan anda dimasa hadapan.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tiada gunanya.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...

Usaha-usaha dan terus berusaha. kejayaan pasti akan datang....

Buletin Sekolah pula telah diedarkan pada 6 Mei. Edisi kali ini lebih mantap berbanding sebelum ini. Dimuatkan juga dalam edisi kali ini perkara yang berkaitan dengan pemantapan akidah berkaitan dengan Tauhid kepada Allah.

Disarankan kepada pelajar supaya mengambil pengajaran yang terdapat di dalam buletin tersebut.....

Hari ini hari jumaat,
Hari esok hari Sabtu,
Nabi kita Nabi Muhammad,
Tuhan kita Allah yang satu.

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat

Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat


Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Akidah Pemangkin Khaira Ummah
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang