Untuk pengentahuan semua, satu lagi program akan diadakan serta melibatkan SK Seri Lagenda. Program yang diberi nama Sentuhan Kasih Limpahan Budi adalah program yang dianjurkan oleh Sekateriat Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia.
Antara matlamat utama program ini adalah untuk mendekati golongan pelajar-pelajar yang tinggal di pedalaman untuk bersama-sama mencapai personaliti unggul selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Program yang akan diadakan selama 2 hari bermula 7 mei ini melibatkan juga penduduk kampung sekitar Kisap ini. Butiran program seperti berikut:
Nama Program : SENTUHAN KASIH LIMPAHAN BUDI Tempat : SK Seri Lagenda Langkawi Tarikh : 7 - 10 Mei 2010 Pengarah Program : Saudara Mohd Fathil bin Edrus
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment