< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

GOTONG-ROYONG PERDANA sEKOLAH
Tuesday, May 11, 2010






salam penuh mesra..

Pada hari sabtu, 15 Mei baru ini datang, sk seri Lagenda telah mengadakan satu lagi program yang diberi nama Gotong-royong Perdana Bersama Murid sempena Hari Guru sK seri Lagenda 2010.

Gotong-royong tersebut diadakan berikutan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi, kita sebagai guru yang penuh dedikasi tidak dapat tidak perlu melaksanakan arahan tersebut.

Persiapan akan dilaksanakan berikutan majlis Hari Guru yang akan disambut keesokan harinya.

Pada pagi tersebut, majlis berjalan lancar. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan pagi ini. hehehe.. Dalam jam 9.30 pagi, hujan turun dengan lebatnya. program tertangguh sebentar sementara tunggu hujan berhenti.

Lebih kurang jam 10.15 hujan sudah renyai-renyai. Jadi, bagi jawatankuasa yang tertangguh kerjanya perlu menyambung kembali terutama sekali jawatangkuasa padang.

Beberapa orang guru termasuk Guru Besar menyiapkan garisan padang untuk pertandingan Futsal dan bola jaring esok pagi.

Alhamdulillah, jam 11.50 semua skali tugas telah selesai.

sebelum pulang, check list disemak dan didapati terdapat sedikit kekurangan pada Jawatankuasa siaraya iaitu jawatankuasa padang juga. Geli hati juga apabila menyangka itu tugas orang lain, tapi diri sendiri yang terkena.

Terima kasih buat jawatankuasa lain yang menolongku sehingga jam 2.30 petang. semua meninggalkan sekolah untuk pulang jam 2.30 petang.

-Apakah cita-cita anda sebelum menjadi Guru?
Majistret? Lawyer? Engineer?
Anda menyesal menjadi Guru?
Cuba lihat, ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek?
Ada tak Majistret yang berani sarung kot Doktor?
Tp, Guru adalah sEMUA itu.
Kita la doktor bila budak sakit.
Lawyer bila parents soal.
Majistret bila budak bergaduh.
Hatta security guard & ahli NUJUM pun kita!
semalam pula jadi tukang kebun gotong royong perdana...
Oleh itu,banggalah jadi cikgu.
sELAMAT HARI GURU....
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang