< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

SAMBUTAN HARI GURU
Sunday, May 16, 2010



salam ukhwah.....

Pada pagi ini, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat sekolah untuk tahun 2010. sambutan pada kali ini sungguh bermakna bagi semua warga sekolah kerana tetamu jemputan adalah pengasas kepada tertubuhnya sekolah ini.

Tepat jam 7.45 pagi, Tuan Haji Hassan bin saad tiba di sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Razak Md Arshad. seterusnya bacaan perutusan Hari Guru daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Negeri.





seterusnya ucapan daripada Guru Besar sK seri Lagenda En. Mohd Zahir bin Hashim. Acara kemuncak iaitu ucapan dan nasihat berguna daripada Pengasas yang juga Guru Besar pertama sK seri Lagenda yang dulunya dikenali sK Ladang sungai Raya Tn. Hj. Hassan bin saad. Beliau menceritakan mengenai tugas seorang guru dan berharap pelajar-pelajar yang ada, patuh kepada perintah Allah, dengar nasihat ibubapa dan guru. Guru merupakan ibubapa kita yang kedua.


setelah selesai segalanya, Tn. Hj. Hassan dihujani dengan kad dan hadiah daripada pelajar sK seri Lagenda dan mereka semua 'menyerang' Tn. Hj. Hassan untuk bersalaman dengan beliau.

sELAMAT HARI GURU CIKGU......


Acara padang pula bermula.. Guru-guru telah diberi kumpulan masing-masing untuk acara Futsal dan juga bola jaring..

Untuk acara Futsal, Kumpula A telah menewaskan kumpulan B dengan jaringan 5 berbalas 4. Kumpulan B mendakwa permainan berat sebelah kerana pengadil merupakan pemain kumpulan A itu sendiri.

Tetapi semua kumpulan menerima keputusan pengadil dengan hati terbuka kerana keputusan pengadil adalah muktamat.

Acara bagi guru perempuan pula ialah perlawanan bola jaring. Guru bertemu dengan pelajar. keputusan berpihak kepada guru dengan 8-0. Hadiah-hadiah disampaikan oleh guru besar pada perhimpunan akhir di kantin sekolah.
......................................................................

Pantun Hari Guru


A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

sELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURUKU
DIMANA JUA....

posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang