Untuk pengentahuan semua, SK Seri Lagenda sekali lagi telah mengadakan program. Program ini telah dirancang sejak lebih sebulan lalu.
Pada pagi ini, dalam keadaan hujan yang membasahi bumi, banyak menguji kesungguhan peserta-peserta untuk hadir dalam perlawanan yang diadakan. Memang halangan seperti ini terlalu berat untuk sesiapa yang memang gemar tidur selepas Subuh.
Jadi, hanya segelintir sahaja yang datang. walaupun yang hadir cuma sedikit, tetapi ianya cukup meriah. Peserta terdiri daripada pelajar tahun 2 hingga 5. Pelajar tahun 6 tidak terlibat sama memandangkan mereka terlibat dengan English Language Cam bermula hari khamis dan akan berakhir pada pagi Ahad 23/05 ni.
Perlawanan dimulakan jam 8.45 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.15 pagi. Selama satu jam 30 minit ini, kita dapat mencari johan bagi kategori lelaki dan perempuan. Hadiah akan disampaikan pada Perhimpunan rasmi sekolah esok...
(Lelaki) Johan : Bukhori bin Yusof N.Johan : Abdullah bin Abdul Razak Ketiga : Ahmad Fadhil bin Osman
(Perempuan) Johan : Nur Syafiqah bte Abu Bakar N.Johan : Fitiha Adawiyah bte Abdullah Ketiga : Hafizah bte Kassim
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment