Kem Jejak Gemilang 2012 Tempat : Auditorium Lada. Tarikh : 6,7,8 dan 11 April 2012 Anjuran : Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi dikelolakan sepenuhnya oleh SK Seri Lagenda. Peserta : Pelajar target 5A 2012
Pada hari ini kem bola baling SK Seri Lagenda telah mengadakan perlawanan persahabatan tiga penjuru dengan SK Kilim dan juga SK Penghulu Ahmad.
Perlawanan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi perlawanan sebenar.
Perlawanan sebenar yang akan bermula pada 4/4/2012 memberi tamparan hebat kepada skuad lelaki SK Seri Lagenda kerana skuad perempuan telah melangkah ke final pada minggu lepas.
Apapun semuanya akan terjawab pada esok hari. Walaupun friendly didominasi oleh SK Seri Lagenda, tetapi perlawanan sebenar berlainan dengan perlawanan persahabatan.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile