Pada hari ini telah diadakan satu mesyuarat staff kali pertama untuk tahun 2011. Mesyuarat yang memakan masa lebih 2 jam adalah bertujuan untuk memantapkan persiapan untuk mencapai agenda tahun 2011.
Semua guru telah diberi peranan masing2 untuk tahun hadapan. Semoga Tahun 2011 ini akan lebih cemerlang daripada tahun sebelumnya.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang meluangkan masa untuk hadir ketika cuti sekolah belum berakhir. Itulah lumrah kehidupan seorang guru. Kadangkala umum melihat guru ini terlalu banyak cuti. Sedangkan guru-guru banyak yang bertugas ketika cuti sekolah.
Harapan untuk guru-guru,
"JADILAH SEORANG GURU YANG PROFESIONAL DAN JANGAN JADIKAN GURU INI SATU PROFESION"
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile