Pada hari ini 2 Ogos 2010. Pertandingan Battle of The Brains telah diadakan di Makmal komputer sekolah. Pertandingan ini disertai oleh 28 orang pelajar tahun 6. Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak CIMB FOUNDATION memandangkan sekolah ini merupakan sekolah angkat kepada CIMB.
Pertandingan yang diadakan bermula jam 8:45 pagi dan akan tamat dalam pukul 3 petang itu dikendalikan oleh Cikgu Aminuddin dan C.Amran.
Cara pertandingan itu dijalankan iaitu dengan mengakses laman web cimb dashboard. Nampak seperti bermain. Tetapi sebenarnya pelajar-pelajar munguji minda untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam Portal tutur.com.
Setinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Pihak CIMB yang telah menganjurkan pertandingan tersebut.
Kalau ada sumur di ladang Boleh kami bertumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Nanti boleh la anjur lagi.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment