Telah 4 Jam berlalu majlis bacaan yaasin perdana selamat disempurnakan. Kehadiran sekitar 100 jemaah menggamit suasana malam yang disimbahi air hujan. Semoga air hujan yang turun merupakan hujan rahmat dari Ilahi.
Majlis bermula sejak petang lagi dengan makan petang sebelum masuk waktu magrib. Azan berkumandang untuk solat maghrib dan jemaah mengambil tempat untuk menunaikan solat yang diimamkan oleh Ustaz Roshidi dari SMK Mahsuri.
Antara tetamu yang hadir ialah Ustaz Abdul Razak Hamid, Penyelia Pendidikan Islam Langkawi, YDP SK Seri Lagenda, semua guru SK Seri Lagenda dan keluarga, waris tahun 6 dan penduduk sekitar kawasan berhampiran.
Setelah selesai solat Maghrib, Jemaah semua menunaikan solat Hajat. Bacaan Yaasin juga diterajui Oleh Ustaz Roshidi.
Antara tujuan diadakan Majlis ini adalah untuk memohon keberkatan Ilahi dan memohon hajat supaya anak didik sK seri Lagenda beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan semua umat Islam beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Setelah selesai solat Isyak, sedikit majlis ilmu disampaikan berkaitan dengan kelebihan menuntut Ilmu. Majlis tamat sekitar jam 9:45mlm.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment