Pada hari ini 22 Julai 2010, Pihak PINTAR FOUNDATION telah mengadakan pertandingan "Battlebot Challenge" di SK Seri Lagenda. Pertandingan yang diadakan di dewan peperiksaan tersebut berlangsung bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.30 petang.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai asas pembinaan robot. Pertandingan ini melibatkan kemahiran dan kreativiti murid-murid yang terlibat untuk membina robot yang paling kuat apabila bertempur. Pemenang akan dipilih untuk mewakili sekolah di peringkat zon.
Terdapat 16 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut dan hanya JUARA sahaja akan dipilih untuk mewakili sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan juga secara tidak langsung dalam menjayakan program ini dan juga setinggi ucapan terima kasih kepada pihak PINTAR yang datang yang terdiri daripada :
1. Cahaya Japar 2. Nasrol Mansor 3. Bayumi Jono 4. Aswaerawati Amat
Berikut adalah keputusan pertandingan dan tahniah kepada yang berjaya.
Johan : Adik Afiqah/ Zalikha (BUNTAL) N.Johan : Adik Akmal/ Syafiqah (ALU-ALU) Ketiga : Adik Zulhisyam/ Hanis Nazihah (TONGKOL)
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment