Pada hari ini telah diadakan perlawanan persahabatan bola baling bertempat di SK Seri Negeri. Perlawanan diadakan selepas solat Fardhu Asar.
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah kerana mempamerkan corak permainan yang menarik. Disamping itu juga tahniah kerana berjaya membawa pulang 3 mata untuk pasukan perempuan dan berkongsi mata untuk pasukan lelaki.
Pasukan perempuan memenangi perlawanan tersebut dengan 4-2 dan pelajar lelaki diikat kedudukan dengan 3-3.
Untuk pasukan perempuan, kesemua gol dijaringkan oleh adik Aika Syatirah dan gol pasukan lelaki dijaringkan oleh Adik Yusri Mohd Noor. Semoga pasukan SK Seri Lagenda konsisten sehingga perlawanan pada 3 hb nanti.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru SK Seri Negeri yang terlibat dalam menjayakan perlawanan tersebut. Moga kita sama2 berjaya pada perlawanan nanti...
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment