Pada hari ini 29 Julai 2010 pelajar-pelajar begitu gembira sekali kerana air milo percuma telah diberikan kepada mereka. Ketika ditanya kepada beberapa orang pelajar mengenai perasaan mereka dengan pemberian tersebut, antara jawapan yang diberikan ialah :
1. sedap 2. seronok sebab dapat free 3. Abang-abang yang bagi air ni baik.
Itulah jawapan yang telah diberikan oleh beberapa orang pelajar. Mungkin kerana dapat percuma membuatkan mereka gembira dan lebih seronok.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment