Pada hari ini dan semalam 30-31 Julai 2010 telah diadakan Kem Muqayyam Bahasa Arab bertempat di sK Ulu Melaka. Kem yang diadakan selama 2 hari itu bertujuan untuk memberi penekanan kepada penggunaan bahasa arab dalam kehidupan seharian.
Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menyediakan tempat untuk bermalam yang baik kepada para peserta dan juga petugas-petugas serta terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang sanggup bermalam bersama pelajar. Itulah pengorbanan yang paling besar kerana bukan senang untuk bermalam dengan pelajar-pelajar kerana terpaksa melupakan katil yang empuk di rumah. Terima kasih.
Diharapkan program seperti ini diadakan lagi dimasa hadapan. semoga pelajar-pelajar dapat mengambil peluang yang terdedah dihadapan sebelum disambar oleh orang lain.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment