Pada hari ini 10 Ogos 2010 SK Seri Lagenda mengadakan lawatan silaturrahim ke SK Utan Aji, Perlis. Lawatan yang disertai oleh pelajar tahun 6 seramai 56 orang itu bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim diantara 10 buah sekolah yang dipilih oleh CIMB menjadi sekolah angkat.
Lawatan pada hari ini disambut mesra oleh guru-guru daripada SK Utan Aji. Rombongan daripada SK Seri Lagenda diketuai oleh Tn. Hj. Ahmad bin Saad (GPK 1), En. Mohd Niziam b. Abu Bakar (YDP PIBG), En. Amran b. Md Taha, En. Zamri b. Hanafi dan juga Pn. Zainab b. Mohammed Said.
Lawatan yang berakhir sekita jam 1:45 tengahari itu diakhiri dengan perasaan sedih dan hiba kerana perlu berpisah sementara disebabkan ada lagi tugas yang perlu diselesaikan oleh kami guru-guru dan pelajar daripada SK Seri Lagenda di Pulau Langkawi sana.
Moga pelajar-pelajar SK Seri Lagenda dan SK Utan Aji mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti.
diharapkan juga agar persahabatan yang terjalin sekian lama dan pertemuan yang seketika membuahkan hasil yang berguna pada masa akan datang.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment