Pada jam lebih kurang 1.15 tengah hari, pihak CIMB Bank telah membuat lawatan ke sekolah kami. Tujuan lawatan tersebut untuk memberi penerangan mengenai cara dan kaedah untuk memasukkan maklumat ke dalam CIMB Dashboard.
Lawatan yang mengambil masa sekitar 4 jam bersama itu digunapakai sepenuhnya oleh guru yang terbabit dalam mengendalikan portal tersebut.
Pn. Rohaya menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah yang perlu digunakan untuk memasukkan gambar dan video ke dalam portal tersebut. Rasanya selepas ini mungkin tiada lagi masalah bagi kami untuk berbuat seperti yang dikehendaki..
Apapun jutaan terima kasih kepada beliau kerana bersusah payah datang ke Langkawi ini semata-mata untuk memberi penerangan yang tidak memberikan habuan yang lumayan kepada beliau sebaliknya memberi banyak faedah kepada kami pihak sekolah.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment