< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

KARNIVAL PING PONG GURU DAN STAF DAERAH LANGKAWI 2010
Saturday, May 29, 2010


30/05/2010

Salam mesra penuh Ukhwah..

Terima kasih kepada pihak penganjur daripada SK Ulu Melaka bersama SK Seri Lagenda yang telah menganjurkan Karnival Ping Pong Guru dan Staff Daerah Langkawi Kali Pertama 2010. Tidak lupa juga kepada Cikgu Razif yang telah memberi sumbangan Hamper untuk johan berpasukan...

Diharapkan kejohanan ini memberi faedah kepada semua peserta yang telah melibatkan diri. Dalam tidak sedar, kita dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru. Dapat mengenali antara satu sama lain dan yang paling penting boleh berkongsi soalan exam untuk ujian/peperiksaan nanti.

Kejohanan seperti ini akan dianjurkan lagi pada bulan 10 minggu pertama selepas UPSR.
Moga kejohanan selepas ini lebih meriah lagi daripada segi sambutan penyertaan.....



Salam ikhlas Penuh Debaran...



29/05/2010 (00:32)

Kurang dari 8 jam lagi akan bermulalah perlawanan ping pong di antara Guru-guru Daerah Langkawi. Persiapan tempat sudah disusun rapi. Cuma persiapan diri untuk berlawan masih tertanya-tanya adakah aku sudah bersedia atau aku masih berangan untuk menang.


Apapun dan siapapun yang berangan-angan, esok akan terjawab segala persoalan yang terbuku. Sekitar jam 7:45 meja pendaftaran akan dibuka. Setakat ini senarai nama yang terdapat di dalam fail pihak penganjur hanya 20 individu dan 8 regu.

Jam 3.30 pagi telah selesai semua persiapan untuk karnival ping pong......

Jam 6.30 bangun pagi. Pengarah Program kejut. Siap solat mandi semuanya terus bergerak ke SK Ulu Melaka. tiba di SKUM jam 7.15 pagi.

Pendaftaran bermula jam 7:45am. perlawanan dimulakan jam 8:45am... Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai Karnival ini. Jam 2.30 tamat peringkat kumpulan untuk semua group dan juga regu.

Peringkat kalah mati akan disambung jam 3:30.

Tuan Guru Besar SK Seri Lagenda telah merasmikan majlis penutup dan beliau menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Individu


Johan : Ismail bin Saleh (SK Seri Lagenda)
N. Johan : Rezmi bin Ismail (MRSM Langkawi)
Ketiga : Azrul bin Abd Khatib (SK Kedawang)

Acara regu diteruskan dan perlawanan tamat jam 6:50 petang.

Johan : Ismail bin saleh/Mohd Rosidi saleh (SK Seri Lagenda/SK Ulu Melaka)
N.Johan : Azrul Abd Khatib/Zahir bin Ahmad (SK Kedawang)
Ketiga : Abid/Farizal (
SK Seri Negeri)
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang