Selamat kembali ke Sekolah kepada semua pelajar SKSL dan juga pelajar seluruh Malaysia yang bercuti selama seminggu.. Moga kalian dengan azam dan semangat yang baru selepas cuti ini..
Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar SK Seri Lagenda, Langkawi dan juga kepada semua pelajar di seluruh Malaysia yang mengambil cuti selama seminggu. Isikan jadual cuti anda dengan perkara yang berfaedah kepada diri anda dan jangan jadikan cuti anda dengan erkara-perkara yang tidak berfaedah..Selamat bercuti dan kembalilah ke Sekolah pada 21/02/2010
ingin bermalam di langkawi? Homestay disediakan klik www.langkawiislandhomestay.blogspot.com/
Salam buat Semua.... Untuk pengentahuan Semua SK Seri Lagenda akan mengadakan Satu lagi Program.
Program : KurSuS Kepimpinan dan Pemantapan Aqidah. Tarikh : 23 - 25 Februari 2010 Tempat : Hotel Bella Pantai Chenang
Setinggi ucapan jutaan terima kaSih kepada pihak PenguruSan Hotel kerana menaja Sepenuhnya perbelanjaan Program terSebut.
Terima kaSih kepada Guru-guru SKSL di ataS kerjaSama dalam mengendalikan uruSan Surat menyurat. Terutama Sekali Al-Fadhil UStaz Abdul Razak b. Md ArShad..
Tahniah dan Setinggi penghargaan kepada Cikgu Zuraidi di ataS kenaikan pangkat Sebagai penyelia petang di SK Kuala Teriang.. Selamat bertugaS di tempat baru. Semoga dapat menyeSuaikan diri di tempat baru......
Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Matematik telah menganjurkan program bijak sifir 2010. Program ini telah dilancarkan Feb 2010. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid boleh menguasai sifir dan meningkatkan kecemerlangan subjek Matematik. Objektif program ini juga adalah untuk membantu murid-murid agar cekap mengira , meningkatkan penguasaan murid dalam fakta asas. Adalah diharapkan agar 80 peratus murid dapat menguasai sifir melalui program ini. Program ini disasarkan kepada semua murid tahun 1 - 6. Setiap murid akan diberi kad bijak sifir. Program ini membolehkan semua murid menguji penguasaan sifir mereka dengan berjumpa guru di maa terluang untuk diuji tahap penguasaan mereka. Murid yang dapat meguasai sepenuhnya akan mendapat pengesahan dari guru dengan menandatangani kad pelaporan tersebut. Program ini akan berterusan sehingga bulan Oktober. Di samping itu sebagai aktiviti pengukuhan murid seperti membaca sifir setiap hari sebelum masuk ke kelas masing-masing. Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Matematik mengharapkan agar semua guru dan ibu bapa memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program ini.
Program cari bakat baru ini adalah satu program untuk pelajar2 SK Seri Lagenda.. Program ini boleh disertai oleh pelajar tahun 2,3,4 dan 5. untuk pelajar tahun 6, jika berminat datanglah ke sekolah waktu petang. kita akan bermain pada pukul 2.30 pm. Sebarang masalah boleh merujuk kepada Sir Ustaz Ismail....
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile