Salam buat semua pengunjung..
Alhamdulillah telah tamat sudah Kem yang telah dirancang untuk dilaksanakan kepada semua pemimpin pelajar. Program yang memakan masa selama 3 hari dan 2 malam ini berjalan seperti yang dirancang. Semua Pengawas danpengawas pusat sumber terlibat dalam program ini.
Program ini diakhiri dengan Pilihan Raya bagi memilih Ketua Pengawas di kalangan pelajar.
Tahniah buat adik Muhammad Fahmi b. Muhd Hanif kerana dipilih sebagai ketua pengawas bagi tahun 2013 dan adik Nurul Nuha binti Md Faridz sebagai Pen Ketua Pengawas bagi tahun 2013.
Semoga dengan jawatan itu meningkatkan lagi usaha supaya lebih cemerlang dalam pelajaran.
Terima kasih kepada pihak yang telah membantu dalam menjayakan program..
Alhamdulillah setelah bercuti panjang hampir dua bulan, semua pelajar kembali ke sekolah dengan perasaan gembira. Bermacam-macam aneka ragam dan telatah murid yang baru mendaftar di tahun satu.
Suasana sebegini biasa berlaku setiap awal tahun sesi persekolahan bermula. Ramai ibu bapa yg terpaksa menunggu anak2 mereka yg baru mendaftar..
Pada hari ini, sejarah telah membuktikan bahawa sekolah yang duduk terpencil juga boleh mencatatkan sesuatu yang sangat hebat. Kejayaan ini membuatkan semua guru berasa sangat terharu kerana tidak pernah sekolah ini mencecah peratus lulus yang sangat tinggi.
Semua ini berkat Doa Usaha Iktiar dan Tawakal (DUIT) semua pihak bermula daripada diri pelajar itu sendiri, guru-guru dan semua waris dalam menjayakan setiap program yang telah diatur oleh pihak sekolah.
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran iaitu Adik Nur Solehah binti Mohd Nor, Adik Afiqah binti Mohamad dan Adik Nur Zalika binti Hamdan.
Guru Besar SK Seri Lagenda dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada yg berjaya dan berterima kasih serta kagum kepada semua guru terutamanya yang tinggal di tanah besar kerana sanggup datang ke sekolah pada hari ini (19 November 2012) untuk bersama-sama dalam majlis penyerahan slip keputusan UPSR kepada semua pelajar. Ini membuktikan komitmen yang begitu tinggi diberikan untuk melihat kejayaan anak-anak SK Seri Lagenda.
Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar kerana menjadikan SK Seri Lagenda berada pada kedudukan ke-2 Langkawi di belakang SK Selat Bagan Nyior.
SK Seri Lagenda mendapat 80.95% pada tahun ini berbanding pada tahun lepas 64.44%. Semoga pada tahun akan datang SK Seri Lagenda mendapat kedudukan tertinggi sekali di Pulau Langkawi ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kem Kemanisan Iman yg telah dilangsungkan di SK Nyioor Chabang telah diadakan pada 2-3 Nov 2012.
Peserta Kem yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah dari setiap sekolah di Langkawi.
SK Seri Lagenda telah menghantar 2 orang peserta iaitu adik Norsolehah bt Mohd Noor dan juga adik Afiqah binti Mohamad.
Diharapkan kem seperti ini diadakan di peringkat sekolah juga untuk melibatkan semua pelajar supaya sentiasa bagi mengukuhkan jati diri dalam diri pelajar.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile