Pada hari ini 20/08/2010 Majlis gotong-royong telah diadakan di sekolah. Gotong royong pada hari ini cuma mengemas dan mengecat dewan peperiksaan UPSR.
Semua ini dilakukan untuk pelajar-pelajar semua supaya kecerian nampak disekeliling sewaktu peperiksaan dijalankan.
Diharap pelajar dapat menjawab dengan tenang dan idea akan datang dengan mudah dalam mengolah jawapan pada hari peperiksaan nanti..
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah hadir dan juga kepada semua waris yang mengambil bahagian pada hari ini. Segala penat lelah tuan-tuan pada bulan puasa ini akan dibalas dengan kejayaan anak tuan-tuan dalam pelajar dan juga ganjaran baik di Akhirat nanti...
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment