Pada pagi ini, sekali lagi pelawat telah datang ke SK Seri Lagenda. Difahamkan Jemaah Nazir yang diketuai oleh Tn. Hj. Osman bin Toroh (Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia Kedah Darul Aman) akan berkampung di SK Seri Lagenda selama 3 hari.
Semoga kekurangan yang terdapat di sekolah kami dapat diperbetulkan dan sekiranya terdapat kebaikan di sini, bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain yang akan dilawati suatu hari nanti.
Apa yang baik daripada Allah Taala dan kekurangan serta kelemahan daripada kami. Kita merancang dan Allah merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment