Pada hari ini telah diadakan satu sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana bertempat di sekolah ini sendiri.
Jika pada tahun lepas, kita telah menjemput pengasas sekolah ini. Tetapi pada tahun ini kita tidak menjemput bekas Guru Besar mahupun pengasas sekolah.
Bermula dengan perhimpunan untuk mendengar perutusan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dibacakan oleh Guru Besar SK Seri Lagenda sendiri iaitu En. Mohd Zahir bin Hashim dan juga semua mendengar perutusan daripada YAB Timbalan Perdana Menter yang telah dibacakan oleh GPK Kurikulum En. Ahmad bin Saad.
Selepas itu, semua pelajar pergi ke padang untuk acara sukaneka dan juga melihat perlawanan bola jaring dan futsal antara guru dan waris.
Walaupun acara sederhana sahaja, tetapi sungguh meriah. Majlis berakhir sekitar jam 12.45tgh hari.
Name: SK Seri Lagenda Home: Langkawi, Kedah, Malaysia About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya.
Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang.
-sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029- See my complete profile
Post a Comment