< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

MAJLIS KESYUKURAN DAN MAKAN MALAM
Wednesday, June 23, 2010




Salam buat semua...

Pada 22 Jun 2010 bersamaan 9 Rejab 1431 hijrah, telah diadakan satu majlis kesyukuran bersempena dengan penawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Majlis kesyukuran yang diadakan ini bertempat di Best Motel Pantai Chenang atas inisiatif pemilik resort berkenaan kerana anak beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.

Majlis tersebut bermula dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak bin Md Arshad daripada SK Seri Lagenda. Tazkirah yang disampaikan sekitar 45 minit berkisar mengenai pentingnya menuntut ilmu.

Banyak perkara yang boleh diambil daripada isi tazkirah yang telah disampaikan tersebut. Setelah selesai tazkirah, bacaan Doa telah dipimpin oleh Ustaz Rosdi seterusnya hadirin dijemput untuk menikmati sedikit jamuan makan malam dan majlis yang kira-kira dihadiri lebih 50 tetamu itu berakhir sekitar jam 10:15 malam..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang