< $BlogTitle$>

SK SERI LAGENDA LANGKAWI KEDAH DARULAMAN

 


LCD Text Generator at TextSpace.net

MySpace-Countdowns



Gratisan Musik
Masa itu Emas
Hari Ini
Hari Ini Dalam Sejarah
<
Kakitangan SK Seri Lagenda 2011

Kunjungan Anda (10Q)

widgeo.net
Jumlah Pengunjung Blog Setakat ini

Medifast Diet Plan
Medifast Diet Plan

BULETIN SEKITAR PSKPPK
Thursday, September 30, 2010
2 Oktober 2010

Sekalung tahniah buat pasukan Langkawi kerana mencatatkan kemenangan bergaya ke atas pasukan Kubang Pasu pada petang ini. Pada perlawanan yang telah diadakan di Stadium Langkawi, Pasukan Langkawi menundukkan pasukan Kubang Pasu dengan kemenangan 3 berbalas 1.

Perlawanan tersebut telah dihadiri oleh Pegarah Pelajaran Daerah Langkawi dan beberapa lagi kakitangan PPD Langkawi yang lain.

Gol dijaringkan oleh Khairul Afimi pada minit ke 10 separuh masa pertama dan Mohd Amri Dohat pada minit ke-27. 1 gol lagi dijaringkan oleh Rosli Zamberi pada separuh masa kedua.

Kubang Pasu mendapat gol saguhati pada akhir babak kedua dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. Tahniah sekali lagi kepada pasukan PSKPPK Langkawi di atas kejayaan ini dan Pasukan Langkawi mendapat cuti pada esok hari.

2 Oktober 2010


Pada pagi ini, terdapat 2 perlawanan separuh akhir dijalankan. Perlawanan separuh akhir pertama antara Langkawi bertemu dengan Kuala Muda Yan dan separuh akhir kedua antara Padang Terap bertemu dengan Kubang Pasu. Keputusan perlawanan seperti berikut:

Langkawi (1) Vs Kuala Muda Yan (0)
Padang Terap (0) Vs Kubang Pasu (2)

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Langkawi pada petang ini jam 3 ptg.


1 oktober 2010

Pada pagi ini, telah berlangsung empat perlawanan bola sepak PSKPPK serentak dan keputusan adalah seperti berikut:


Kump A
Kubang Pasu (1) Vs Kuala Muda Yan (0)
Baling Sik (4) Vs Kota Setar (1)

Kump B
Langkawi (3) Vs Padang Terap (2)
Pendang (2) Vs Kulim Bandar Baharu (1)

Manakala pada sebelah petang pula telah berlangsung empat perlawanan juga dan keputusan adalah seperti berikut:

Kump A
Kuala Muda Yan (2) Vs Baling Sik (1)
Kubang Pasu (3) Vs Kota Setar (1)

Kump B
Langkawi (0) Vs Kulim Bandar Baharu (0)
Padang Terap (1) Vs Pendang (1)

Pada keesokan hari akan diadakan perlawanan separuh akhir yang akan menemukan Final tahun lepas dan juga Kubang Pasu bertemu dengan Padang Terap.


30 September 2010


Pada petang ini, telah diadakan empat perlawanan serentak bola sepak di tempat yang berbeza.
Antara keputusan rasmi seperti berikut :

Kump A:
Kuala Muda Yan (4) Vs Kota Setar (0)
Baling Sik (2) Vs Kubang Pasu (2)

Kumpulan B
Langkawi (2) Vs Pendang (1)
Padang Terap (1) Vs Kulim (0)

Pada esok hari akan berlangsung perlawanan kedua jam 8.00am.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
PERGINYA SEORANG OLAHRAGAWAN SEKOLAH





Salam buat semua..

Pada hari ini, kesedihan menyelubungi warga SK Seri Lagenda kerana seorang pelajar dari sekolah ini telah kembali kerahmatullah. Beliau merupakan seorang pelajar yang begitu periang sekali dan beliau juga merupakan pelajar yang sentiasa mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang sukan.

Beliau dikenali ramai sejak mewakili Daerah Langkawi ke MSSN Kedah dalam acara lontar peluru dan mendapat tempat ke-3 pada temasya tersebut.

Arwah senang didekati oleh sesiapa sahaja dan arwah juga sentiasa periang di sekolah.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital langkawi sekitar jam 9:25 am setelah 11 jam lebih tidak sedarkan diri disebabkan pendarahan yang teruk akibat daripada kemalangan malam tadi.

Beliau dilaporkan telah terbabas sewaktu menunggang motosikal dan terlanggar pokok jati. Akibat daripada kemalangan tersebut, beliau didapati patat tulang rusuk dan berlaku kerosakan pada paru-paru. Takdir menentukan segalanya dan Allah lebih sayangkan beliau. Beliau pergi buat selama-lamanya.

Semua warga SK Seri Lagenda bersedih lebih-lebih lagi ahli keluarga beliau.

Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Kuah tepat jam 3:33 petang.

semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh arwah dan ditempatkannya bersama orang-orang yang soleh.
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
Jamuan Raya dan Rumah Terbuka
Sunday, September 26, 2010






salam muhibbah

Pada hari ini telah diadakan sekolah ganti untuk cuti hari raya yang lalu. Pada hari ini juga majlis hari raya diadakan atau dinamakan sekolah terbuka.

semua pelajar pada hari ini memakai pakaian raya dan majlis berlangsung dalam keadaan yang baik..

majlis tamat sekitar jam 12.30 tgh hari..
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
UPSR 2010
Saturday, September 25, 2010



salam kepada semua...

Pada hari ini tamatlah Ujian yang paling dibimbangi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah iaitu Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPsR).

semua pelajar boleh beraya sakan dan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah supaya keputusan yang akan keluar nanti seperti apa yang dikehendaki. semoga semua pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang di Dunia dan di Akhirat..

semua guru mendoakan kejayaan anda...
posted by SK Seri Lagenda @ < $BlogItemDateTime$>   < $BlogItemCommentCount$> comments
About Me (SKSL)

Name: SK Seri Lagenda
Home: Langkawi, Kedah, Malaysia
About Me: Sekolah ini dibuka pada tanggal 3.08.1958. Pada asalnya sekolah ini hanya menumpang di sekolah Tamil(bukan sekolah sekarang) iaitu tempat mengasuh kepada anak-anak penoreh. Sekolah Umum Sungai Raya Estate menumpang pada sebelah petang sahaja yang mana jumlah pelajar seramai 26 orang. Tn. Haji Hassan Saad telah berjuang untuk mendapatkan bangunan sekolah. Setelah berjuang dalam setahun, kementerian telah memberi bangunan sekolah yang ada sekarang ini. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Ladang Sungai Raya. Setelah siap bagunan ini, Tn.Haji Hassan Saad berpindah ke Sekolah Melayu Kedawang dan Guru Besar sekolah ini diganti dengan En. Bashah. Pada 12 Jun 1961, bangunan baru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu. Setelah itu, SJKT Ladang Sungai Raya pula menumpang SK Ladang Sungai Raya. Pada tahun 2008 perasmian pelancaran nama sekolah baru dibuat. Nama baru sekolah ini diberi Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda. Pada hari ini jumlah pelajarnya telah meningkat seramai 315 orang dan guru seramai 27 orang. -sumber Pengasas sK Ladang sungai Raya Tn. Hj Hassan b. Hj. saad 261006025029-
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

sembang-sembang